Malaysia di Sukan Paralimpik Musim Panas 1988
Malaysia di Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 | |
---|---|
![]() | |
Kod IPC | MAS |
NPC | Majlis Paralimpik Malaysia |
Laman sesawang | https://www.paralympic.org.my |
di Seoul | |
Peserta | 14 dalam 3 sukan |
Pingat Kedudukan ke-48 |
|
Penampilan Sukan Paralimpik Musim Panas (keseluruhan) | |
Malaysia telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 di Seoul, Korea Selatan dari 15 hingga 24 Oktober 1988. Pasukan Malaysia telah menghantar 14 atlet (12 lelaki dan 2 perempuan) pada temasya ini.[1] Seoul 1988 merupakan kali kedua Malaysia menyertai Sukan Paralimpik selepas Sukan Paralimpik Musim Panas 1972 yang dianjurkan di Heidelberg, Jerman.[2]
Temasya ini menyaksikan pemenang pingat Paralimpik pertama Malaysia, Mariappan Perumal yang memenangi pingat gangsa dalam acara angkat berat.[3] Malaysia berada di tempat ke-48 pada temasya ini.[4]
Pemenang pingat
[sunting | sunting sumber]Pingat | Nama | Sukan | Acara |
---|---|---|---|
![]() |
Mariappan Perumal | Angkat berat | -57 kg lelaki |
Peserta
[sunting | sunting sumber]Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Angkat berat[5] | 3 | 0 | 3 |
Olahraga[6] | 8 | 1 | 9 |
Renang[7] | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 12 | 2 | 14 |
Angkat berat
[sunting | sunting sumber]Sebanyak tiga orang atlet Malaysia telah bertanding dalam acara ini, antaranya termasuklah Sen Chan Taisen yang pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Paralimpik 1972.[8] Mariappan Perumal telah berjaya memenangi pingat pertama Malaysia dalam acara lelaki -51 kg dengan angkatan seberat 165 kg.[9] Temasya ini juga merupakan Sukan Paralimpik yang pertama bagi Cheok Kon Fatt yang akan memenangi pingat perak pertama Malaysia dalam Sukan Paralimpik 1992 di Barcelona.[10]
Lelaki
[sunting | sunting sumber]Atlet | Acara | Keputusan | Ked. |
---|---|---|---|
Cheok Kon Fatt | -51 kg lelaki[11] | 140.0 | 6 |
Mariappan Perumal | -57 kg lelaki[12] | 165.0 | ![]() |
Sen Chan Taisen | -51 kg lelaki[11] | 130.0 | 10 |
Olahraga
[sunting | sunting sumber]Sebanyak sembilan atlet telah bertanding dalam acara olahraga pada Sukan Paralimpik 1988. Narayanan a/l Iyyayoo telah berjaya layak ke peringkat akhir dalam dua acara tetapi gagal memenangi pingat. Lee Sheng Chow, yang merupakan pengasas Persatuan Juruurut Kelayakan Kuala Lumpur/Selangor dan presiden pertama persatuan tersebut, telah menyertai acara lontar cakera dan lontar peluru dalam kategori B1, masing-masing mendapat tempat keenam dan tempat keempat dalam kedua-dua acara tersebut.[13]
Lelaki - Acara balapan
[sunting | sunting sumber]Atlet | Acara | Peringkat Awal | Peringkat kedua | Separuh akhir | Akhir | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked. | Masa | Ked. | Masa | Ked. | Masa | Ked. | ||
Chag Kgee Chaw | 200 m 3 lelaki[14] | 0:36.12 Q | 5 | — | 0:35.87 | 6 | Tidak mara | ||
Heah Khee | 400 m 3 lelaki[15] | 1:14.18 Q | 4 | 1:11.62 | 8 | ||||
Mohammed Zamri Bin Misran | 200 m 4 lelaki[14] | 0:35.07 Q | 3 | 0:34.96 | 7 | ||||
Namburaja Veerasamy | 400 m B3 lelaki[16] | 0:58.03 | 6 | — | |||||
Narayanan a/l Iyyayoo | 100 m 4 lelaki[17] | — | 0:16.72 Q | 3 | 0:17.09 | 6 | |||
200 m 4 lelaki[14] | 0:34.26 Q | 2 | 0:32.83 Q | 4 | 0:33.73 | 7 | |||
400 m 4 lelaki[18] | 1:10.24 Q | 2 | 1:07.89 Q | 5 | 1:09.20 | 7 | Tidak mara | ||
Zulkifli Bin Mohammed Ali | 200 m 3 lelaki[19] | 0:35.17 Q | 4 | — | 0:35.91 | 7 | |||
400 m 3 lelaki[20] | 1:10.12 Q | 5 | 1:10.11 | 6 |
Lelaki - Acara padang
[sunting | sunting sumber]Atlet | Acara | Keputusan | Ked. |
---|---|---|---|
Lee Sheng Chow | Lontar cakera B1 lelaki[21] | 23.84 | 6 |
Lontar peluru B1 lelaki[22] | 9.27 | 4 | |
Dulau Simon Ansim | Lontar cakera B1 lelaki[21] | 22.68 | 7 |
Lontar peluru B1 lelaki[22] | 8.94 | 5 |
Perempuan
[sunting | sunting sumber]Atlet | Acara | Keputusan | Ked. |
---|---|---|---|
Chan Bee Ling | 100 m B3 perempuan[23] | 0:14.60 | 5 |
Lompat jauh B3 perempuan[24] | 4.22 | 5 |
Renang
[sunting | sunting sumber]Dua atlet Malaysia telah bertanding dalam acara renang.
Lelaki
[sunting | sunting sumber]Atlet | Acara | Peringkat Awal | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked. | Masa | Ked. | ||
Kathirivan Muniandy | 50 m gaya dada B2 lelaki[25] | 0:42.18 | 2 | Tidak mara | |
100 m gaya dada B2 lelaki[26] | 1:30.45 | 4 | |||
100 m gaya bebas B2 lelaki[27] | 1:09.98 | 3 |
Perempuan
[sunting | sunting sumber]Atlet | Acara | Peringkat Awal | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked. | Masa | Ked. | ||
Khoo Su Ching | 50 m gaya dada B3 perempuan[28] | 0:42.18 | 2 | Tidak mara | |
100 m gaya dada B3 perempuan[29] | 1:30.45 | 4 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Seoul 1988 Paralympics Games - Participation Numbers". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2019. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ Amiril Muttaqien Meketar (28 Ogos 2021). "Tokyo Paralympics: Bonnie clinches first gold for Malaysia, breaks Paralympics record". paralympic.bernama.com. Bernama. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Mariappan Perumal". www.paralympic.org. Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Seoul 1988 Paralympic Games - Medal Standings". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2019. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Weightlifting at the Seoul 1988 Paralympic Games - Participation Numbers". IPC Historical Results Archive. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Participation Numbers". IPC Historical Results Archive. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Swimming at the Seoul 1988 Paralympic Games - Participation Numbers". IPC Historical Results Archive. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Sen Chan Taisen". paralympic.org. Dicapai pada 12 September 2021.
- ^ "Mariappan Perumal". paralympics.org. Dicapai pada 12 September 2021.
- ^ "Kon Fatt Cheok". paralympic.org. Dicapai pada 12 September 2021.
- ^ a b "Weightlifting at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's -51 kg". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Weightlifting at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's -57 kg". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ Tocheh, Mohd Ghazali. "LEE SHENG CHOW - JEJAK-JEJAK KEMENANGAN" (PDF). Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia. Dicapai pada 12 September 2021.
- ^ a b c "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 200 m 4". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 400 m 3". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 400 m B3". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 100 m 4". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 400 m 4". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 200 m 3". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 400 m 3". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ a b "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's Discus Throw B1". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ a b "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's Shot put B1". IPC Historical Results Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Women's 100 m B3". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Athletics at the Seoul 1988 Paralympic Games - Women's Long Jump B3". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Swimming at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 50 m Breaststroke B2". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Swimming at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 100 m Breaststroke B2". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Swimming at the Seoul 1988 Paralympic Games - Men's 100 m Freestyle B2". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Swimming at the Seoul 1988 Paralympic Games - Women's 50 m Breaststroke B3". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2021. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ "Swimming at the Seoul 1988 Paralympic Games - Women's 100 m Breaststroke B3". IPC Historical Results Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2021. Dicapai pada 11 September 2021.