Maradong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maradong merupakan sebuah daerah kecil di dalam pentadbiran bahagian Sarikei, Sarawak. Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Maradong dan Julau. Kawasan-kawasan pentadbirannya termasuklah bandar Bintangor, dan Lebuh Kemantan. Jumlah penduduk daerah ini dianggarkan 28,942 orang. Ia juga dieja sebagai Meradong.[1]

Majlis Daerah Maradong dan Julau ditubuhkan pada 1 November, 1981 di bawah Local Authority (Amendment) Ordinance 3/77 yang berkuatkuasa pada tarikh tersebutdan seterusnya bekas ahli Majlis digantikan menerusi penyusunan semula, ahli Majlis yang baru dilantik. Bersama dengan metamorfosis struktur ini, Majlis daerah Binatang/Julau berjaya untuk menyepadukan Daerah Binatang dan Julau di bawah bidang kuasanya. Keseluruhan kawasan Majlis terletak dalam Bahagian Sarikei merangkumi kira-kira kawasan 3,712.13 km persegi. Kawasan-kawasan ini terdiri daripada Meradong sekitar 1,083.78 km persegi dan Julau sekitar 2,628.35 persegi km. (Daerah Julau adalah bidang kuasa yang dahulunya di bawah Majlis Daerah Kanowit) bagaimanapun, kejadian yang penting ini penyusunan semula dan penggabungan ini tidak mengubah kuasa Majlis keatas pembaikian jalan, pengutipan sampah, dll. kecuali peningkatan jumlahnya.

Ejaan "Meradong" atau "Maradong"?[sunting | sunting sumber]

Banyak kekeliruan tentang ejaan daerah ini. Mengikut pegawai, En. Ngu, daripada Majlis Daerah Maradong dan Julau, menyatakan bahawa ejaan sebenar nama daerah ini ialah "Meradong" manakala ejaan "Maradong" HANYA digunakan dalam nama "Majlis Daerah Maradong dan Julau" atau dalam Bahasa Inggerisnya, "Maradong and Julau District Council".

Dipetik daripada laman web rasmi Pejabat Daerah Meradong: "Pada 24 Januari 1984, nama Daerah Binatang telah ditukar secara rasminya kepada Daerah Meradong. Pertukaran nama daerah telah diwartakan melalui Sarawak Government Gazette Part II, Vol:XXXIX, No.4 bertarikh 13 Februari 1984. Nama Meradong adalah dari nama sungai yang mengalir di pertengahan Daerah. "

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]