Parti Rakyat Bersatu Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sarawak United People Party)
Jump to navigation Jump to search
Sarawak United Peoples' Party
Parti Rakyat Bersatu Sarawak
Gerempong Sa'ati Rayat Sarawak
砂拉越人民联合党
PresidenSim Kui Hian
Setiausaha-AgungSebastian Ting Chiew Yew
Timbalan PresidenRichard Riot Jaem
Pengerusi PermudaMichael Tiang
Pengerusi WanitaKho Teck Wan
Diasaskan1959
Ibu pejabat7, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, 93300 Kuching, Sarawak
AkhbarSA 'ATI (United)
Sayap beliaSUPP Pemuda
Sayap WanitaSUPP Wanita
IdeologiNationalisme
Penggabungan nasionalPerikatan (1970–73)
Barisan Nasional (1973–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–)
Warna rasmiKuning, Merah, Hitam
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
1 / 222
Tapak web
Laman web rasmi SUPP
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Inggeris: Sarawak United People's Party; (Jawi: "فرتي رعيه برساتو سراوق" ; singkatan: SUPP) merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan antara parti politik yang tertua. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak. Walau bagaimana pun, pada 12 Jun 2018, SUPP mengumumkan secara sah bahawa mereka keluar daripada Barisan Nasional,[1]dan membentuk parti baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama bekas parti-parti komponen Barisan Nasional Sarawak.

Objektif SUPP ialah untuk mengkukuhkan hukum negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen.

Bagi mempromosikan dan memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang ketinggalan dalam ekonomi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]