Mark Gonzalez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mark González
frames
Maklumat peribadi
Nama penuhMark Dennis González Hoffman
Tarikh lahir10 Julai, 1984
Tempat lahirDurban, Afrika Selatan
Ketinggian5 ft 9 in (1.76 m)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniLiverpool
Nombor11
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2002–2004
2004–2005
2005–present
2005
2006
Universidad Católica
Albacete
Liverpool
Albacete Pinjaman
Real Sociedad Pinjaman
42 (10)
25 (5)
0 (0)
0 (0)
12 (5)
Pasukan kebangsaan
2003–Chile16 (3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 10 Aug 2006 (BST).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 29 May 2006 (UTC)

Mark Dennis González Hoffman (lahir 10 Julai, 1984 di Durban, Afrika Selatan), adalah seorang pemain di Liverpool. Beliau biasanya dikenali sebagai Mark González. Beliau adalah seorang pemain bola dari Chile yang biasanya bermain di sebelah kiri midfield. Beliau terkenal dengan kepantasannya dan diberikan jolokon "Speedy Gonzalez" seperti watak kartun tersebut.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mark González bersetuju untuk dipinjamkan dari Albacete ke Liverpool semasa musim 2005-06 dengan harapan pindahan tersebut dapat dijadikan pindahan kekal. Malangnya, belaiu tidak diberi permit kerja oleh Jabatan Pelajaran dan Pekerjaan (Department of Education and Employment) dengan alasan beliau masih menjalani terapi untuk kecederaan di bahagin lutut dan kerana negaranya, Chile, hanya berada di tangga ke-73 dalam senarai FIFA

Rafael Benitez terus berusaha mendapatkan beliau walaupun Mark Gonzalez mengahdapi masalah kecederaan sendi cruciate di lututnya dan masalah mendapatkan permit kerja. Dalam bulan Oktober 2005, Liverpool bersetuju meneriima perpindahan Mark Gonzalez secara kekal. oleh kerana beliau tidak boleh beraksi dalam Liga Perdana, Liverpool meminjamkan beliau semula ke Albacete. Dalam bulan Januari 2006, rayuan permohonan Liverpool untuk mendapatkan permit kerja untuknya gagal juga.

Atas gesaan Xabi Alonso, Mark Gonzalez dipinjamkan ke Real Sociedad hingga akhir musim. Real Sociedad ketika itu sedang dalam keadaan getir dan berada di tempat bawahan La Liga dan boleh diturunkan ke divisyen lebih rendah. Mark Gonzalez beraksi cemerland di Real Sociedad terutamanya semasa menentang Real Madrid bila beliau emnjaring gol penyamaan. Walaupun beliau bermula dalam hanya 12 perlawanan duntuk Real Sociedad, beliau menjaringkan 5 gol. Real Sociedad dan beberapa kelab La Liga menyatakan hasrat untuk mengambilnya tetapi Rafael Benitez enggan memberikan pertimbangan.

Pada 30 Jun 2006, Mark Gonzalez mengumumkan bahawa beliau bersara dari bolasepak antarabangsa setelah dihantar pulang oleh jurulatih Chile selepas perlawanan persahabatan menentang Ireland. Selepas Jun 2006, Mark Gonzalez layak memohon kerakyatan Sepanyol dan Liverpool diberikan permit kerja pada 5 Julai 2006 untuk membolehkan beliau beraksi di Britain. Beliau turun bermain semasa menentang Crewe Alexandra semasa perlawanan persahabatan pra musim tetapi tidak menyerlah.

Mark Gonzalez disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam perlawanan kelayakan liga Juara-Juara menentang Maccabi Haifa pada 9 Ogos 2006. Belaiu dimasukkan dalam minit ke-85 menggantikan Steven Gerrard dan membuat jaringan gol kemenangan pada minit ke-88.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]