Marlon Brando

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marlon Brando
Kelahiran
Marlon Brando Jr.

(1924-04-03)3 April 1924
Meninggal dunia1 Julai 2004(2004-07-01) (umur 80)
Westwood, California, A.S.
WarganegaraAmerika Syarikat
PekerjaanPelakon, pengarah filem, aktivis
Tahun aktif1944–2001
Ketinggian5 kaki 9 inci
Parti politikDemokratik
PasanganAnna Kashfi (k. 1957; c. 1959)
Movita Castaneda (k. 1960; c. 1962)
Tarita Teriipaia (k. 1962; c. 1972)
Rakan kongsi domestikMaria Cristina Ruiz (1988–2001)
Anak-anak11;[1][2] termasuklah Christian dan Cheyenne
Laman web rasmimarlonbrando.com
Tandatangan

Marlon Brando Jr. (3 April 1924 – 1 Julai 2004) merupakan pelakon, pengarah filem dan aktivis Amerika Syarikat. Brando dikenali menerusi lakonan sebagai Terry Malloy dalam On the Waterfront (1954) dan Don Vito Corleone dalam The Godfather (1972) yang melayakkan beliau menerima Oscar. Beliau turut membintangi filem A Streetcar Named Desire (1951), Viva Zapata! (1952), Julius Caesar (1953), The Wild One (1953), Guys and Dolls (1955), Sayonara (1957), Last Tango in Paris (1972), dan Apocalypse Now (1979). Brando juga merupakan seorang aktivis untuk beberapa perkara termasuklah perjuangan kesetaraan kaum-kaum Amerika Syarikat.

Brando mula mendapat penghargaan dan pencalonan Anugerah Akademi untuk watak sebagai Stanley Kowalski menerusi filem A Streetcar Named Desire yang diadaptasi dari pementasan Tennessee Williams yang juga dilakonkan olehnya di Broadway.[3] Beliau menerima pujian sekali lagi menerusi watak Terry Malloy dalam On the Waterfront, dan sebagai Johnny Strabler dalam The Wild One.[4] Brando kemudiannya menerima pencalonan Anugerah Akademi menerusi watak Emiliano Zapata dalam Viva Zapata!; Mark Antony dalam Julius Caesar yang diadaptasi dari pementasan Julius Caesar oleh Shakespeare; dan Sayonara (1957), adaptasi dari novel James Michener' (1954).

Tahun 1960-an merupakan dekad yang tidak menjadi untuk Brando. Beliau telah mengarahkan dan membintangi filem One-Eyed Jacks yang mendapat kritikan dan gagal menarik perhatian penonton, dan diteruskan dengan satu siri filem-filem gagal bermula dengan Mutiny on the Bounty. Hanya selepas sepuluh tahun, semasa beliau tidak muncul dalam filem yang berjaya, beliau telah memenangi Oscar keduanya menerusi filem The Godfather sebagai Vito Corleone yang dianggap oleh pengkritik sebagai persembahannya yang terhebat; namun dia menolak penerimaan anugerah itu sebagai tanda setiakawannya dengan para penunjuk perasaan peribumi Lakota yang diapakan polis dalam Pendudukan Wounded Knee, sebaliknya diwakili Sacheen Littlefeather.[5] Dari kejayaannya dari filem-filem itu dan Last Tango in Paris yang menerima pencalonan Oscar, Brando kembali membina namanya semula sebagai bintang pecah panggung. Brando mengambil masa empat tahun untuk muncul dalam The Missouri Breaks (1976). Selepas itu, beliau menjadi pelakon dengan watak cameo yang dibayar tinggi seperti menerusi filem Superman (1978) dan The Formula (1980) sebelum berehat selama sembilan tahun dari dunia perfileman.

Brando telah diletakkan di tempat keempat oleh Institut Filem Amerika Syarikat sebagai legenda lelaki terhebat di era emas Hollywood. Pada tahun 1999, beliau turut bersama-sama dengan Charlie Chaplin, Ronald Reagan dan Marilyn Monroe yang dinamakan oleh majalah Time sebagai 100 orang paling berpengaruh abad ini.[6] Brando meninggal dunia pada 1 Julai 2004 akibat kegagalan pernafasan di usia 80 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sancton, Julian. "Thou Shalt Not Take Marlon Brando's Name in Vain."Vanity Fair, April 20, 2009. Retrieved December 23, 2017.
  2. ^ Barnes, Mike. "Anna Kashfi, Actress and First Wife of Marlon Brando, Dies at 80."The Hollywood Reporter, August 25, 2015. Retrieved December 23, 2017.
  3. ^ Schulberg, Budd. "Marlon Brando: The King Who Would Be Man". The Hive (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 16, 2017.
  4. ^ Jones, Dylan. Elvis Has Left the Building: The Day the King Died. The Overlook Press. Dicapai pada November 12, 2016.
  5. ^ O’Reilly, Fi (March 28, 2022). "Movies: 5 most unexpected moments in Oscar's history". National Public Radio. Diarkibkan daripada yang asal pada May 1, 2022. Dicapai pada April 30, 2022.
  6. ^ "Time 100 Persons of the Century." Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine Time, June 14, 1999.

Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]