Ronald Reagan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Ronald Reagan
رونل‌د ريݢن
Official Portrait of President Reagan 1981.jpg
Potret rasmi, 1981
Presiden Amerika Syarikat ke-40
Dalam jawatan
20 Januari 1981 – 20 Januari 1989
Naib PresidenGeorge H. W. Bush
Didahului olehJimmy Carter
Digantikan olehGeorge H. W. Bush
Gabenor California ke-33
Dalam jawatan
2 Januari 1967 – 6 Januari 1975
LeftenanRobert Finch
Edwin Reinecke
John L. Harmer
Didahului olehPat Brown
Digantikan olehJerry Brown
Butiran peribadi
Lahir(1911-02-06)6 Februari 1911
Tampico, Illinois, A.S.
Meninggal dunia5 Jun 2004(2004-06-05) (umur 93)
Bel-Air, Los Angeles, California, A.S.
KerakyatanAmerika
Parti politikRepublikan
Pasangan
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Tahun perkhidmatan1942–1945
PangkatKapten
UnitUnit Pangkalan AAF ke-18
Pertempuran

Ronald Wilson Reagan (6 Februari 1911 – 5 Jun 2004; Jawi: رونل‌د ويلسن ريݢن) ialah pelakon, negarawan yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-40 dari tahun 1981 hingga 1989. Beliau sebelumnya berkhidmat Gabenor California ke-33 dari tahun 1967 hingga 1975. Reagan juga merupakan pelakon filem sebelum memasuki politik.

Beliau hidup lebih panjang daripada presiden yang lainnya (93 tahun, 119 hari) dan merupakan presiden terpilih tertua (69 tahun, 349 hari saat mengambil kekuasaan) sehingga rekod ini dikalahkan oleh bekas presiden Jimmy Carter yang kini merupakan presiden tertua yang masih hidup.[1]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ronald Wilson Reagan lahir di sebuah rumah pangsa di Tampico, Illinois pada 6 Februari 1911. Beliau merupakan anak bongsu kepada Nelle Clyde Wilson (1883 – 1962); seorang kacukan Scotland, Inggeris dan Ireland[2] - dan Jack Reagan (1883 – 1941), seorang peniaga keturunan Katolik dari Kaunti Tipperary;[3][4] abangnya Neil Reagan (1908–1996), bekerja dalam bidang pengiklanan.[5]

Reagan menuntut di Eureka College di Eureka, Illinois di mana beliau mengembangkan bakat dalam bidang lakonan. Beliau menjadi penyiar radio permainan Chicago Cubs, hanya mengambil garis bentuk sederhana permainan dari telegraf dan memantapkan bakat imaginasi beliau, menyempurnakan permainannya.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya dalam filem[sunting | sunting sumber]

Reagan mendapat kerjaya yang berjaya di Hollywood sebagai peranan penting kedua, sebab wajah dan tubuhnya gagah seperti suaranya. Pada 1940 ia memainkan peranan George "The Gipper" Gipp dalam filem Knute Rockne All American, dari yang ia mendapatkan nama panggilan Gipper, yang digunakan beliau sepanjang hidupnya. Reagan sendiri menganggap bahawa pekerjaan lakonan terbaiknya ialah dalam Kings Row (1942). Film terkemuka Reagan lainnya termasuk Hellcats of the Navy dan Bedtime for Bonzo. Beliau termasuk dalam Hollywood Walk of Fame di 6374 Hollywood Boulevard.

Perkhidmatan Ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Reagan diangkat sebagai perwira kavaleri cadangan dalam ketenteraan A.S. pada tahun 1935. Setelah peristiwa Pearl Harbor, beliau diaktifkan dan ditugaskan dalam Unit Perfileman pertama dalam Kor AU, yang mengadakan latihan dan pendidikan filem. Beliau berada di Hollywood sepanjang peperangan.

Kerjaya televisyen[sunting | sunting sumber]

Karena peranan filem Reagan semakin kurang popular di akhir 1950-an, beliau pindah ke bidang televisyen sebagai pengacara untuk General Electric Theater. Pekerjaan lakonan tetap terakhirnya ialah sebagai pengacara di Death Valley Days.

Sebagai Presiden Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Mac 1981, hari ke-69 sejak menjadi Presuden, ketika meninggalkan Hotel Hilton di Washington, DC Presiden Reagan, Jurucakap Rumah Putih James Brady, pegawai Khidmat Rahsia dan pihak polis Daerah Columbia ditembak seorang penagih John Hinckley, Jr. Reagan dikejarkan ke hospital untuk pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari dadanya. Reagan berkata kepada pakar bedah, "Saya berharap anda semua warga Republikan," dan kepada isterinya Nancy dengan bergurau berkata, "Sayang, saya lupa untuk mengelak."

Sebagai presiden, beliau mendukung:

  • Antikomunisme
  • Setuju perlaksanaan cukai pegangan
  • Setuju pemerintahan awam
  • Pendukung usaha perniagaan besar dan kecil
  • Pendukung kebebasan individu
  • Tegas menghadapi pengganas

Beliau dikenali juga kerana:

  • Menguatkan ketenteraan
  • Perundingan persetujuan pengurangan senjata nuklear
  • Mengusulkan Inisiatif Pertahanan Strategi (Strategic Defense Initiative)
  • Mempersenjatai dan melatih kelompok anti-komunis seperti Contra dan Mujahidin.
  • Menjual senjata kepada sekutu asing seperti Taiwan, Israel, Arab Saudi, dan yang terkenal, Iraq.
  • Menurunkan pajak secara signifikan, memutar tren sejarah terhadap pajak yang lebih tinggi
  • Meningkatkan defisit persekutuan
  • Secara besar-besaran meningkatkan " perang melawan narkotik "
  • Mengakhiri inflasi tinggi yang menghancurkan ekonomi di masa pendahulunya Jimmy Carter dan Gerald Ford.
  • Membantu ‘memenangkan’ Perang Dingin
  • Menyetujui pemecatan beberapa penjaga lalu lintas udara saat mereka mogok pada musim panas 1981

Reaganomics[sunting | sunting sumber]

Masa jabatan pertama Presiden Reagan berfokus pada penyegaran stagnasi keadaan ekonomi, inflasi dan pengangguran. Kebijakan Reagan terkenal sebagai "Reaganomics", gelaran yang digunakan sebagi pendukung dan pencelanya. Pemotongan pajak juga bergabung dengan pengeluaran ketenteraan yang besar sebagai akibat yang amat tinggi dan pertambahan dramatik dalam hutang kebangsaan. Hutang bertambah dengan sekitar 200% (3 kali lipat) antara saat Reagan menjawat dan saat penggantinya George H. W. Bush, menjawat sebagai Presiden.

Di sisi lain, pengeluaran ini enteng menutupi kerugian dengan pendapatan pajak yang ditambah, dan beberapa pendukung Reagan menghubungkannya pada penggunaan berhasil kebijakan pajak ekonomi pihak perbekalan. Kritikus Presiden Reagan mengemukakan bahawa walau pernyataannya menganjurkan pemerintahan intrusif yang kecil, pengeluaran persekutuan dan birokrasi bertambah selama pemerintahannya. Tak mengherankan, ada ketaksetujuan atas berapa banyak kebijakan Reagan yang ikut andil pada resesi hebat yang terjadi di tahun 1982.

Kesatuan Soviet dan Perang Dingin[sunting | sunting sumber]

Seperti banyak polisi Amerika yang berjaya, Reagan merasa perlu memiliki panggung yang besar. Ucapan pidatonya yang kalem dan bahasa yang kuat membuatnya digelari "Komunikator Besar." Pada tanggal 8 Mac 1983, ia menyebut Kesatuan Soviet sebagai "Kekaisaran Setan" ( Empire of Evil ) dan kemudian saat berpidato di depan Tembok Berlin ia menentang pemimpin Kesatuan Soviet iaitu Mikhail Gorbachev untuk "merobohkan tembok itu". Beberapa sejarawan percaya bahawa seluruh ciri itu tidak akan bererti tanpa kegairahannya yang dicurahkan untuk Amerika dan kepercayaan peribadi yang kuat.

Sementara itu banyak pendukung Reagan memujinya yang dianggap berhasil memenangkan Perang Dingin. Para pakar menghubungkan jatuhnya komunisme pada 1989 di Eropah Timur dan Kesatuan Soviet dengan saat memuncaknya krisis ekonomi Kesatuan Soviet dan kegagalan perbaikan ekonomi dan politik yang digagas Presiden Mikhail Gorbachev. Kebijakan Reagan termasuk dorongan kuat pada militer AS dan doktrin "perdamaian melalui kekuatan." Salah satu usulan yang lebih kontroversial ialah Inisiatif Pertahanan Strategis (SDI), sistem pertahanan yang diharapkannya akan membuat AS tak terkalahkan dalam serangan nuklear oleh Soviet. SDI diberi julukan "Perang Bintang" oleh penentangnya - yang berarti tak praktikal - manakala Reagan pula diberi gelaran "Ronnie Raygun" oleh sejumlah pelawak.

Kritik pada SDI menyatakan bahawa tujuan teknologi tak tercapai dalam praktik, dan bahawa percobaan SDI mungkin memburukkan lagi perlumbaan senjata, seperti bertambahnya ketidakstabilan krisis di masa depan. Kritik lain memandang, anggaran belanja istimewa yang dilibatkan dalam program SDI yang ternyata berlipat, sebagai pekerjaan militer-industri tak bermanfaat.

Para pendukung menyebut SDI sebagi "paku peti mati " perlombaan senjata dengan Uni Soviet melalui penerapan strategi teknologi. Mereka memandang SDI sebagai ujian untuk meyakinkan Soviet bahawa gudang senjata peluru nuklir mereka akan menjadi usang dan menyusahkan Soviet dengan penambahan pengeluaran untuk teknologi baru untuk mencapai penghindaran nuklir.

Reagan memiliki hubungan dekat dengan banyak pemimpin politik konservatif lainnya di seluruh dunia, seperti Margaret Thatcher daripada UK, dan Brian Mulroney daripada Kanada. Reagan memiliki harapan besar untuk membangun hubungan pribadi dengan para kepala negara lainnya, sering menjemput mereka ke ladang peternakannya atau Camp David.

Sebagai bagian kebijakan yang menjadi dikenal sebagai Doktrin Reagan, AS juga ambil bagian dalam usaha kaum garis keras melawan pengaruh komunis di Amerika Latin, yang sering melibatkan pendukung diktator ketenteraan antikomunis yang terkenal kerana rendahnya catatan HAM. Ini telah tuduhan bahawa Reagan sedang melakukan perang gerilya rahasia dan ilegal. Pada 1983 Reagan memerintahkan serangan militer resmi ke negara kecil Grenada setelah mengalami kudeta komunis. Menjelang akhir masa pemerintahannya, Reagan juga membantu dalam mendukung peralihan demokrasi Amerika Latin, memberikan bantuan paket asing yang banyak pada negara yang mengadakan pemilihan bebas.

Skandal Iran Contra[sunting | sunting sumber]

Selama pemerintahannya, ada skandal dan penyelidikan besar dalam perang di Iran dan Nicaragua yang dikenal sebagai Peristiwa Kontra Iran. Dua anggota penasihat keamanan nasional, John Poindexter dan Kolonel Oliver North, telah merencanakan untuk menjual senjata kepada pemerintahan Iran dan hasil keuntungannya diberikan kepada gerilyawan antikomunis Contras di Nicaragua. Kedua hal itu berlawanan dengan peraturan Kongres. Reagan mengakui ketidaktahuan atas rencana itu, namun mengaku bahawa ia telah mendukung penjualan senjata yang pertama ke Iran, atas dasar penjualan seperti itu akan menolong terjaminnya pembebasan orang-orang Amerika yang sedang disandera kelompok Islam sokongan Iran, Hezbollah di Lebanon.

Tindakan cepat Reagan untuk menunjuk penyelidik independen dan kerja sama dengan pengacara, mencegah skandal Kontra-Iran dari ancaman pemecatan. Presiden Reagan dinyatakan bersalah hanya dalam pengawasan lemahnya dari stafnya sendiri yang mengakibatkan ketidaktahuannya dalam penjualan senjata. Meski dianggap jujur sendiri oleh orang-orang Amerika, Presiden Reagan dalam masa jabatannya menjumpai beberapa skandal penyuapan, korupsi, yang menyangkut pembantu dan bawahan Reagan sehingga mengakibatkan lebih dari 130 pejabat dalam pemerintahan Reagan dihukum atau dipaksa meninggalkan kedudukan mereka untuk menghindari pengadilan. Skandal-skandal yang merusak nama baik Reagan membuat anggota Congress Patricia Schroeder menjulukinya "Presiden Teflon".

"Perang Melawan Narkotik"[sunting | sunting sumber]

Kebijakan Reagan dalam "Perang Melawan Narkotik" meningkatkan jumlah tahanan dan dana kesihatan bagi orang-orang kecanduan. Ini mengakibatkan perkembangan dramatis dalam jumlah tahanan AS. Kritikus menuduh bahawa kebijakan itu berefek sedikit untuk benar-benar mengurangi keberadaan narkotika ataupun kejahatan di jalan dan juga mengakibatkan beban keuangan tinggi dan korban manusia untuk masyarakat Amerika. Walau begitu, hal ini merupakan bagian penting kebijakan Reagan yang keras terhadap kejahatan. Karena kebijakan ini dan berbagai pemotongan dalam pengeluaran untuk program sosial selama masa kepresidenannya, Reagan dianggap sejumlah kritikus biasa saja untuk pengeluaran biaya bagi warga miskin dan minoritas.

Serbaneka[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Ogos 1981, Reagan mendukung pemecatan 11.359 pengawas lalu lintas udara yang sedang mogok yang mengabaikan perintahnya agar kembali bekerja. Ironisnya, PATCO, serikat pekerja pengawas Lalu Lintas Udara, merupakan salah satu dari sedikit serikat yang telah mendukung Reagan dalam pemilihan 9 bulan sebelumnya.

Di musim bunga 1983, Reagan mengirim para anggota Marinir ke Lebanon. Menyusul beberapa pengeboman kecil, satu pemboman lori dalam barak mereka membunuh 241 anggota Marinir. Dua hari kemudian Reagan menyerang negara Grenada di Karibia. Tiga bulan kemudian, Reagan menarik mundur anggota tentera laut dari Lebanon.

Pada 13 Julai 1985, Reagan mengadakan pembedahan untuk mengeluarkan kanser polip dari usus besarnya. Pada 5 Januari 1987, Reagan mengalami pembedahan prostat yang menyebabkan kekhuatiran lebih lanjut mengenai kesehatannya.

Reagan secara luas dikritik pada 1985 kerana peristiwa yang berkaitan pada kunjungan resmi ke Jerman Barat. Pada 11 April, Rumah Putih mengumumkan bahawa Reagan akan mengunjungi pemakaman militer Bitburg, meletakkan bunga dalam menghormati tentara Jerman yang tewas dalam kedua PD. Ini menjadi kontroversial dan menjadi perhatian umum kerana sejumlah kecil tempat pemakaman ( dilaporkan sekitar 49 atau 56 buah ) menjadi tempat pemakaman mayat tentara dalam unit Waffen-SS. Walau protes dari berbagai pihak, yang paling menonjol dari pemenang hadiah Nobel Perdamaian, Elie Wiesel, Reagan meneruskan kunjungan ke tempat itu yang diharapkan akan mengembangkan persaudaraan antara bekas musuh.

Peninggalan dan Pasca Kepresidenan[sunting | sunting sumber]

Gerald Ford, Richard Nixon, George H. W. Bush, Ronald Reagan dan Jimmy Carter pada perasmian Ronald Reagan Presidential Library 1991

Reagan disebut sebagai pendiri Parti Republikan moden. Pendefinisiannya kembali mengenai konservatisme fiskal sebagaimana yang sedang difokuskan pada pemotongan pajak tanpa hal bererti pada anggaran belanja yang diseimbangkan ("Reaganomics"); beliau juga menolak perpajakan progresif, perlindungan dan peraturan lingkungan yang lebih besar, dan pengguguran anak; pentingnya moral semua orang dari pendukungnya dalam pemerintahannya.

Pada 1992, empat tahun setelah berhenti menjawat, Reagan mulai menderita penyakit Alzheimer. Semakin tahun berlalu, secara lambat penyakit itu semakin teruk; otak dan tubuh bekas presiden Reagan semakin lemah. Beliau memberitahu orang ramai mengenai keadaannya sendiri pada 5 November 1994 lewat surat yang ditulisnya yang mengatakan beliau menderita penyakit Alzheimer dan beliau tidak dapat bercakap secara lancar. Pada tahun 2001, beliau terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggulnya yang membuatkan beliau tidak dapat bergerak.

Pada 6 Februari]] 1998, Bendera Kebangsaan Wasington di Washington DC dinamakan sebagai Bendera Kebangsaan Ronald Reagan Washingtons serta kapal induk USS Ronald Reagan (CVN-76) diberi nama sempena nama beliau pada 4 Mac 2001.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Reagan meninggal dunia di rumahnya di Bel Air, Los Angeles pada 5 Jun 2004 pada pukul 13:09 waktu setempat. Beliau meninggal disebabkan oleh radang paru-paru, didamping oleh isterinya Nancy dan anak-anaknya Patti dan Ron. Beliau juga meninggalkan anaknya Michael, dari pernikahan pertamanya dengan Wyman; sementara Maureen telah meninggal pada 2001.

Reagan dikebumikan dengan upacara pengebumian presiden penuh pada 9 Jun, yang pertama sejak Lyndon B. Johnson. Dengan kehadiran 4,000 orang, kebaktian dilakukan di Katedral Kebangsaan pada 11 Jun dengan pidato oleh George W. Bush, George H. W. Bush, Margaret Thatcher dan Brian Mulroney. Sejumlah pemimpin dunia di ketika menghadiri pengebumian Regan, termasuklah Mikhail Gorbachev. Beliau dimakamkan pada malam itu saat terbenamnya matahari dalam upacara yang dihadiri oleh 600 orang, di Perpustakaan Kepresidenan Ronald Reagan di Simi Valley, dengan dihadiri 3 orang anaknya.

Nancy Reagan meletakkan bendera Amerika Syarikat pada keranda Reagan yang dihias. Reagan memegang rekod sebagai presiden paling tua dalam sejarah Amerika sehingga Jimmy Carter yang masih hidup sehingga kini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://apnews.com/article/7af4a4854d1f4bfd8be8697c7ab9460a
  2. ^ Kengor, p. 4.
  3. ^ "Main Street Historic District, National Register of Historic Places Nomination Form" (PDF). Illinois Historic Preservation Agency. April 1, 1982. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada August 7, 2007. Dicapai pada July 27, 2007.
  4. ^ Terry Golway, Ronald Reagan's America (2008) p. 1.
  5. ^ Lynette Holloway (December 13, 1996). "Neil Reagan, 88, Ad Executive And Jovial Brother of President". The New York Times. Dicapai pada March 22, 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]