Marmaray

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Marmaray
Marmaray Istanbul Project.png
Marmaray, terowong tiub tenggelam paling dalam di dunia di 60.46 meter (198.4 ft)
Peta menunjukkan lokasi Marmaray
Peta menunjukkan lokasi Marmaray
Maklumat gambaran
Lokasi Bosporus
Koordinat 41°01′09″N 28°59′48″E / 41.01917°N 28.99667°E / 41.01917; 28.99667Koordinat: 41°01′09″N 28°59′48″E / 41.01917°N 28.99667°E / 41.01917; 28.99667
Status Aktif
Mula Fatih, Istanbul, Turki
Akhir Üsküdar, Istanbul, Turki
Bil. stesen 41V
Maklumat operasi
Kerja bermula 9 Mei 2004
Dibuka 29 Oktober 2013
Maklumat teknikal
Panjang 13.6 km (8.5 mi)
Panjang talian 76.3 km (47.4 mi)
Bil. landasan 2 terowong landasan tunggal, 3 landasan pada permukaan dengan gelung memotong tambahan
Tolok landasan

1,435 mm (4 ft 8.5 in)

Tolok piawai
Dielektrikkan

25 kV, 50 Hz AC

Talian atas
Kelajuan operasi 45 km/h (28 mph)
Gred 18

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Marmaray merupakan suatu projek pengangkutan kereta api di bandar raya Istanbul, Turki. Ia terdiri daripada sebuah terowong kereta api bawah laut di Selat Bosporus dan pemodenan landasan kereta api pinggir bandar yang sedia ada di sepanjang Laut Marmara dari Halkalı di sebelah Eropah ke Gebze di sebelah Asia. Pembinaannya dimulakan pada tahun 2004 dengan sasaran awal bagi tarikh pembukaannya ialah pada April 2009.[1] Selepas beberapa kelewatan yang disebabkan oleh penemuan sejarah, fasa pertama projek itu dibuka pada 29 Oktober 2013 sempena ulang tahun ke-90 penubuhan Republik Turki.[2][3]

Nama Marmaray berasal daripada gabungan antara nama Laut Marmara dengan ray, perkataan bahasa Turki untuk kereta api.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Cita-cita Turki untuk membina sebuah terowong bawah laut merentasi Selat Bosphorus wujud sejak Turki di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Pada 1891, Sultan Abdulhamid memerintahkan jurutera-jurutera Perancis mereka sebuah terowong bawah laut dimana terowong didirikan di atas tiang penyokong di bawah laut namun tidak menjadi kenyataan. [4][5] Tetapi pada 1980-an, keperluan untk mengadakan projek sebegini menjadi lebih kuat dan satu kajian kesesuaian dimulakan pada 1987. Kajian lebih lanjut dijalankan pada 1995 untuk mengetahui keperluan penduduk terhadap projek ini. Akhirnya, pada 1998, kajian tersebut diselesaikan dan mendapati projek ini boleh mengurangkan masalah kesesakan trafik yang begitu teruk di Istanbul. Satu perjanjian antara Republik Turki dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun dimeterai untuk mendapatkan dana menyiapkan projek ini pada 1999. Dana tersebut mencakupi 35% daripada keseluruhan projek ini.

Projek[sunting | sunting sumber]

Kontrak pembinaan bagi projek ini diberikan pada konsortium Jepun-Turki yang diterajui oleh Taisei Corporation pada Julai 2004.[2] Konsortium ini termasuk Kumagai Gumi, Gama Endustri Tesisleri Imalat ve Montaj, Nurol Construction, dan Trade of Turkey.[6]

Projek ini termasuk satu lintasan melalui bawah Selat Bosporus sepanjang 13.6-kilometer (8.5 mi) , penaiktarafan 63 kilometer (39 mi) laluan kereta api bandar bagi menyediakan 76.3-kilometer (47.4 mi) laluan berkeupayaan tinggi antara stesen kereta api Gebze dan stesen kereta api Halkalı, dan peruntukan bagi 440 unit gerabak berganda eletrik.

Terowong di bawah Bosphorus (selat Istanbul) direntasi dengan 1.4-kilometer panjang (0.87 mi) tiub tenggelam tahan gempa bumi, dipasang dari 11 seksyen; lapan adalah 135 meter (443 ft), dua adalah 98.5 meter (323 ft), dan satu unsur adalah 110 meter (360 ft) panjang.[7] Unsur tersebut seberat 18,000 tan.[8] Seksyen-seksyen tersebut diletakkan sehingga 60 meter (197 ft) bawah paras laut: 55 meter (180 ft) dari paras air and 4.6 meter (15 ft) bawah tanah.[8] Tiub bawah air ini dicapai melalui terowong dikorek dari Kazlıçeşme di sebelah Eropah dan Ayrılıkçeşme di sebelah Asia dari Istanbul. Ia mewakili tiub tenggelam bawah lautan terdalam di dunia. Konkrit kalis api telah dibangunkan di Norway dan penting bagi keselamatan projek.[9]

Stesen bawah tanah baru telah dibina di Yenikapı, Sirkeci, dan Üsküdar.[10] Tiga puluh tujuh stesen atas tanah yang lain sepanjang laluan telah dibina atau diselenggarakan.[10][11] Stesen di Yenikapi dihubungkan dengan Istanbul Metro dan Istanbul LRT.[12] Laluan pinggir bandar atas tanah telah dinaiktaraf kepada tiga trek, dua bagi komuter dan satu bagi laluan kereta api penumpang jarak jauh/kelajuan tinggi (dwi-arah). Seksyen terowong membenarkan dua, dwiarah tek digunakan oleh komuter dan tren jarak jauh. Semasa luar waktu sesak, kereta api barang juga turut melintas terowong. Keupayaan bagi laluan pinggir bandar dirancang bagi 75,000 penumpang setiap jam ke dua arah.[1] Sistem isyarat juga dimodenkan bagi membenarkan jarak antara satu tren ke satu tren lain serapat dua minit.[13] Para jurutera menjangkakan masa perjalanan antara Gebze dan Halkalı ialah 104 minit.[10]

Pembinaan bagi projek Marmaray bermula pada Mei 2004 dan disiapkan disiapkan pada 23 September 2008,[14] dengan upacara rasmi bagi menandakan tamatnya terowong pada 13 Oktober.[1] Tarikh tamat projek keseluruhan telah dilewatkan berulang kali, pada mulanya sehingga Desember 2009, tetapi diubah lagi kepada Oktober 2013.[15] Pada 29 Oktober 2013, fasa pertama projek Marmaray, melitupi hubungan atas tanah antara Eropah dan Asia, dirasmikan. Sejak itu, penumpang boleh bergerak antara Yenikapı dan İbrahimağa.[16] Fasa kedua adalah penaiktarafan laluan kereta api atas tanah antara Gebze dan İbrahimağa di sebelah Asia dan antara Yenikapı dan Halkalı on di sebelah Eropah. Ia dijangka siap pada 2015. Laluan ketiga akan ditambah yang akan memberikan metro dan kereta api keupayaan untuk bergerak berasingan.

Selepas siapnya projek ini, kadar penggunaan pengangkutan rel di Istanbul dijangka meningkat dari 3.6% ke 27.7%.[11]

Barangan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2010, Railway Gazette International melaporkan bahawa pihak pentadbir terowong telah mengupah perunding bagi menganalisa pilihan bagi membawa trafik barangan.[17]

Skandal[sunting | sunting sumber]

Pengarah Umum Pelaburan Infrastruktur untuk Kementerian Pengangkutan Turki, Encik Metin Tahan dipercayai menandatangani satu perjanjian dengan pengurusan projek dari Jepun yang menyatakan beliau dan pegaiwai-pegawai Turki lain sanggup membunuh diri dalam usaha untuk menyiapkan projek pada hari perasmian.[18] Beliau menyatakan motivasi yang makin lemah dalam kalangan pekerja Jepun yang bertanggungjawab membina Marmaray menyebabkan beliau terpaksa membuat perkara ini.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Rails under the Bosporus, Gazet Kereta Api Antarabangsa 23 Februari 2009 Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "railwaygazette.com" defined multiple times with different content
  2. ^ a b "Marmaray tunnel opens to link Europe with Asia". Gazet Kereta Api Antarabangsa. 29 Oktober 2013. 
  3. ^ "TCDD launches Eskisehir – Konya high speed service". Gazet Kereta Api Antarabangsa. 28 Mac 2013. Dicapai 28 Oktober 2013. 
  4. ^ http://www.marmaray.com/html/general.html
  5. ^ http://www.worldbulletin.net/?aType=haber&ArticleID=121652
  6. ^ http://www.railway-technology.com/projects/marmaray/
  7. ^ "Marmaray Projekt: Ein Tunnel unter dem Bosporus für Istanbul" (dalam bahasa German). M-hesse.com. May 2011. Dicapai October 28, 2013. 
  8. ^ a b Smith, Julian. "The Big Dig" Wired Sept. 2007: pages 154–61.
  9. ^ "Norwegian technology in the world's deepest immersed tunnel" (dalam bahasa Norwegian) Teknisk Ukeblad, October 12, 2013. Accessed: October 13, 2013. Technical report: Claus K. Larsen. "Testing of fireproofing for concrete" Norwegian Public Roads Administration, 2007.
  10. ^ a b c Facts and figures, web page at the Marmaray web site. Accessed on-line September 24, 2007.
  11. ^ a b Travel time and alignment, web page at the Marmaray web site. Accessed on line, September 24, 2007.
  12. ^ Istanbul Metro and LRT, web page at the Marmaray web site. Accessed on-line September 24, 2007.
  13. ^ Istanbul, web page at urbanrail.net. Accessed on line September 24, 2007.
  14. ^ Final tubes sunk on Bosphorus Tunnel, International Railway Journal, November 2008.
  15. ^ Marmaray completion delayed to 2013, cost increases by $500 mln, Today's Zaman 2009-12-19
  16. ^ Name (May 20, 2013). "Completely False Facts About Marmaray". Rail Turkey. Dicapai October 28, 2013. 
  17. ^ Contracts February 2010, Railway Gazette International 2010-02-09
  18. ^ http://www.todayszaman.com/news-330212-turkish-bureaucrats-threatened-suicide-to-meet-marmaray-deadline.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.