Masak lemak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

Penggunaan atau kaedah masak lemak ini sangat lazim pada budaya yang asal-usulnya di kawasan yang banyak menggunakan pokok kepala dalam kehidupan dan pemakanan seharian seperti orang Minang, orang Jawa, orang Pantai Timur Malaysia dan mereka yang duduk berhampiran sawah serta pantai.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Antara yang terkenal dengan istilah atau kaedah masak lemak ialah: