Masaki Suda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masaki Suda
菅田 将暉
Kelahiran
Taishō Sugō (Jepun: 菅生 大将)

(1993-02-21) 21 Februari 1993 (umur 31)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
  • Dj All Night Nippon
  • Model
Tahun aktif2009–kini
EjenTop Coat
Ketinggian1.76 m (5 ka ​9 516 in)
PasanganNana Komatsu
Laman web rasmisudamasaki-music.com

Masaki Suda (Jepun: 菅田 将暉, Hepburn: Suda Masaki, lahir 21 Februari 1993) merupakan pelakon Jepun dari Wilayah Osaka. Sebelum menyertai agensi bakat Top Coat, Suda pernah mencuba nasib dalam pertandingan ulang tahun ke-30 Amuse, Inc. dan Peraduan Junon Superboy. Lakonan sulungnya ialah sebagai Philip, salah seorang watak lelaki utama serta sebahagian wira dalam siri televisyen 2009/2010 Kamen Rider Double.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November 2021, Suda mengumumkan bahawa beliau telah berkahwin dengan pelakon dan model Jepun Nana Komatsu. Mereka dilaporkan sudah bercinta sejak Mac 2020. Mereka berdua juga telah membintangi bersama dalam filem-filem seperti Oboreru Knife, Destruction Babies dan Threads - Our Tapestry of Love.[1] Suda merupakan junior yang rapat dengan Shun Oguri dan Takayuki Yamada. Rakan-rakannya adalah Kento Yamazaki, Taiga Nakano dan Fumi Nikaido.[2][3] Dalam industri muzik, beliau bekerja dengan Kenshi Yonezu, Huwie Ishizaki dan Aimyon.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "菅田将暉と小松菜奈が結婚「出会った頃から変わらず私達は、戦友であり、心の支え」". Natalie (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 15 November 2021.
  2. ^ みっち (18 Julai 2017). "Oguri Shun and Suda Masaki talks about Yamazaki Kento". yamazaki-kento.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  3. ^ "Suda Masaki's ANN talk about Yamazaki Kento".
  4. ^ "菅田将暉、あいみょんらとディズニーに行ったと明かし「ミッキーもびっくり」「すごすぎ」の声". ライブドアニュース (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  5. ^ "菅田将暉、あいみょん、石崎ひゅーい、音楽と青春がはじけた『ANN』を聴いた!-rockinon.com|https://rockinon.com/news/detail/182380". rockinon.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 28 Mac 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]