Nana Komatsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nana Komatsu
小松菜奈
Komatsu pada 2017 ketika tayangan perdana Silence di Jepun
Kelahiran (1996-02-16) 16 Februari 1996 (umur 28)
Tokyo, Jepun
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
EjenStardust Promotion
Ketinggian5 ft 6 in (1.68 m)
PasanganMasaki Suda (k. 2021)

Nana Komatsu (小松 菜奈, Komatsu Nana, lahir 16 Februari 1996) ialah pelakon dan model Jepun. Beliau terkenal dengan peranannya dalam The World of Kanako (2014), Destruction Babies (2016), Oboreru Knife (2016), The Black Devil and the White Prince (2016), My Tomorrow, Your Yesterday (2016), After the Rain (2018), Farewell Song (2019), Threads: Our Tapestry of Love (2020) dan Sakura (2020). Beliau membuat penampilan filem Hollywood pertama pada 2016 dengan filem Silence oleh pengarah Amerika Syarikat Martin Scorsese.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nana Komatsu ialah pelakon dan model Jepun. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, Jepun, pada 16 Februari 1996. Beliau membuat penampilan pertama yang besar pada 2014 dengan The World of Kanako dan memenangi banyak Anugerah Pelakon Baru Terbaik termasuk Hadiah Filem Akademi Jepun ke-38. Beliau telah menjadi House Ambassador untuk Chanel sejak 2015. Beliau merupakan ahli bakat untuk Stardust Promotion.

Nana telah dicalonkan dalam Hadiah Filem Akademi Jepun ke-43 untuk kategori Prestasi Cemerlang Oleh Seorang Pelakon Dalam Peranan Sokongan dalam filem yang Closed Ward atau Family of Strangers (2019).

Pada 2020, Nana membintangi Threads - Our Tapestry of Love. Filem ini adalah filem yang meraih kutipan ke-6 tertinggi di Jepun untuk 2020. Beliau juga dicalonkan dalam kategori Prestasi Cemerlang Oleh Seorang Pelakon Dalam Peranan Utama dalam Hadiah Filem Akademi Jepun ke-44 bagi peranannya dalam filem itu.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November, 2021, diumumkan bahawa Komatsu telah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Jepun Masaki Suda. Mereka dilaporkan sudah bercinta pada Mac 2020 dan telah hidup bersama sejak Jun 2021. Mereka membintangi tiga filem, Destruction Babies (2016), Oboreru Knife (2016), dan Threads - Our Tapestry of Love (2020).

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Nota Ruj.
2013 Tadaima Sumire Daisuke Shimada Peranan utama, filem pendek [1]
2014 Close Range Love Yuni Kururugi Naoto Kumazawa Peranan utama [1]
The World of Kanako Kanako Fujishima Tetsuya Nakashima Peranan utama [1]
2015 Bakuman Miho Azuki Hitoshi Ōne [1]
Prophecy Kaede Yoshihiro Nakamura [1]
2016 Destruction Babies Nana Tetsuya Mariko [1]
The Black Devil and the White Prince Yū Akahane Shō Tsukikawa Peranan utama [1]
Silence Mónica (Haru) Martin Scorsese Filem Amerika Syarikat [1]
Maniac Hero Kaori Terasawa Keisuke Toyoshima [1]
My Tomorrow, Your Yesterday Emi Fukuju Takahiro Miki Peranan utama [2]
Oboreru Knife Natsume Mochizuki Yūki Yamato Peranan utama [1]
2017 JoJo's Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable Chapter I Yukako Yamagishi Takashi Miike [1]
2018 Kids on the Slope Ritsuko Mukae Takahiro Miki [3]
After the Rain Akira Tachibana Akira Nagai Peranan utama [4]
It Comes Makoto Higa Tetsuya Nakashima [1]
2019 Samurai Marathon Puteri Yuki Bernard Rose [1]
Farewell Song Leo Akihiko Shiota Peranan utama [5]
Family of Strangers Yuki Shimazaki Hideyuki Hirayama [6]
2020 Sakura Miki Hasegawa Hitoshi Yazaki Peranan utama [7]
Threads: Our Tapestry of Love Aoi Sonoda Takahisa Zeze Peranan utama [8]
2021 Moonlight Shadow Satsuki Edmund Yeo Peranan utama [9]
Parasite in Love Hijiri Sanagi Kensaku Kakimoto Peranan utama [10]
2022 The Last 10 Years Matsuri Michihito Fujii Peranan utama [11]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahub Tajuk Peranan Saluran Nota Ruj.
2015 To Give a Dream Yuko Abe Wowow Peranan utama [12]
2017 Thrill Hitomi Nakano NHK Peranan utama [12]

Video atas permintaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pelantae Nota Ruj.
2016 The Kodai Family Yūko dTV Peranan utama [13]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Artis
2011 Ai to Iu Plenty
Kimi to Hitsuji to Ao Radwimps
2012 Convenience Honeymoon Chatmonchy
Collateral Damage Shiina Ringo
2014 Goodtime SALU
Snow Smile Shota Shimizu
2015 Yeah! Yeah! Yeah! Androp
2016 Farewell Song never young beach
Spoiled Innocence (天真有邪) Yoga Lin
2017 Something Just Like This The Chainsmokers ft. Coldplay*
Hanacherie Nissy
2018 Sokkenai Radwimps
Metro Juju
2020 Ain't Nobody Know Gen Hoshino
Ima Aini Iku (今 逢いに行く) Uru
Rollerskates End of the World

*video yang dihasilkan oleh Genki Kawamura, lagu oleh Chainsmokers & Coldplay

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m "小松菜奈". eiga.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada November 16, 2017.
  2. ^ "My tomorrow, Your yesterday". Toho. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  3. ^ "坂道のアポロン". eiga.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 21 Oktober 2019.
  4. ^ "恋は雨上がりのように". eiga.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Julai 2019.
  5. ^ "さよならくちびる". eiga.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 18 Jun 2019.
  6. ^ "閉鎖病棟 それぞれの朝". eiga.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 18 Jun 2019.
  7. ^ "さくら". eiga.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 18 Jun 2019.
  8. ^ "菅田将暉&小松菜奈が3度目タッグ! 中島みゆきの名曲「糸」を瀬々敬久監督が映画化". eiga.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 10 Jun 2019.
  9. ^ "小松菜奈が映画単独初出演…吉本ばななさん人気短編集「キッチン」収録「ムーンライト・シャドウ」で". Sports Hochi (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 12 Mei 2021.
  10. ^ "恋する寄生虫". eiga.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 30 Julai 2021.
  11. ^ "小松菜奈&坂口健太郎「余命10年」W主演決定「こんなに泣いたのは初めて」 特報映像解禁". Model Press (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 22 September 2021.
  12. ^ a b "小松菜奈のプロフィール". allcinema (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 22 Februari 2019.
  13. ^ "小松菜奈×間宮祥太朗『高台家の人々』オリジナルドラマに!". Cinema Cafe (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 28 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]