Pergi ke kandungan

Masjid Al-Abrar, Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
مسجد الأبرار
Masjid Al-Abrar
Ā Ěr Ā Bù Lā Huí Jiào Táng
Pemandangan masjid
Maklumat am
Dibuka pada1827
Maklumat geografi
Lokasi192 Telok Ayer Street
Singapura 068635
Koordinat1°16′49″N 103°50′51″E / 1.280301°N 103.8473927°E / 1.280301; 103.8473927Koordinat: 1°16′49″N 103°50′51″E / 1.280301°N 103.8473927°E / 1.280301; 103.8473927
Maklumat pembinaan
Bil. menara4
Kapasiti jemaah800
Lokasi
Masjid Al-Abrar, Singapura is located in Bumi
Masjid Al-Abrar, Singapura
Masjid Al-Abrar, Singapura (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Al-Abrar merupakan salah satu masjid yang lama di Singapura dan terletak di Telok Ayer Street di kawasan Chinatown.

Masjid ini dikenali dengan tiga nama: Masjid Al-Abrar, Kuchu Palli dan Masjid Chulia. Al-Abrar ialah nama rasminya sementara Kuchu Palli, atau pondok kecil, merujuk kepada struktur asal masjid tersebut. Kawasan Telok Ayer ini pada awalnya merupakan tempat berkumpul para pendatang Chulia yang berasal dari Pantai Coromandel, India Selatan. Oleh itu, masjid ini juga mendapat gelaran Masjid Chulia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1827, para jemaah di masjid ini telah melakukan ibadah di sebuah pondok sehingga sebuah bangunan batu dibina pada tahun 1850-1855 untuk menggantikannya. Sebuah lukisan oleh pelukis Percy Carpenter pada tahun 1856 yang bertajuk, Telok Ayer Street as seen from Mount Wallich, memaparkan rakaman visual terawal bangunan baru ini. Pada tahun 1829, tanah di mana masjid ini berdiri diberi pajakan selama 999 tahun. Hak ini dimiliki oleh Hadjee Puckery Mohamed Khatib. Pada 1910, lima orang pemegang amanah telah dilantik. Mereka ialah K. Mohamed Eusope, Thambyappa Rarooter, S. Kanisah Maricayar, V.M. Kader Bux dan J. Sultan Abdul Kader. Pemegang-pemegang amanah ini juga bertanggungjawab ke atas masjid-masjid Chulia yang lain, iaitu, Masjid Al-Abrar, Masjid Jamae dan Nagore Durgha.

Bangunan masjid ini sebesar tiga rumah kedai yang lazim terdapat di tempat itu dan tidak memilik kaki lima (1.524 m). Masjid ini mempunyai dua tingkat. Tingkat pertama merupakan ruang solat yang boleh menampung sebanyak 500 orang jemaah dan tingkat kedua pula ialah sebuah galeri. Masjid yang mempunyai empat buah menara ini juga tidak memiliki banyak hiasan selain daripada kubah kecil di setiap puncak menara.

Masjid Al-Abrar diwartakan sebagai monumen kebangsaan pada 29 November 1974.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Lembaga Warisan Negara (2002). Singapore's 100 Historic Places. Archipelago Press. ISBN 981-4068-23-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]