Masjid Jamae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Jamae
مسجد جاماي
ஜாமியா (சூலியா) பள்ளிவாசல்
Jamae Mosque 2, Dec 05.JPG
Masjid dengan menara bentuk oktagon
Maklumat geografi
Negara  Singapura
Lokasi Chinatown
Koordinat 1°17′00″N 103°50′43″E / 1.283238°N 103.8453661°E / 1.283238; 103.8453661Koordinat: 1°17′00″N 103°50′43″E / 1.283238°N 103.8453661°E / 1.283238; 103.8453661
Maklumat pembinaan
Bil. menara 2
Lokasi
Peta menunjukkan lokasi Masjid Jamae di Singapura
Peta menunjukkan lokasi Masjid Jamae di Singapura

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jamae ialah sebuah masjid di Singapura. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Chulia atau Masjid Maideen di kalangan komuniti India Muslim di Singapura. Masjid ini menarik kerana didirikan di sebuah kawasan yang pada masa pembinaan dihuni oleh majoriti penduduk Cina. Masjid yang terletak berdekatan dengan Kuil Sri Mariamman ini merupakan mercu tanda unik di kawasan Chinatown.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan bangunan-bangunan agama kurun ke-19 di Singapura, Masjid Jamae tidak pernah dibina semula. Dibina pada tahun 1826, Masjid Jamae merupakan masjid pertama yang didirikan oleh masyarakat Chulia, sebuah komuniti Tamil Islam dari Pantai Coromandel di selatan India. Masyarakat Chulia datang ke Singapura dan bekerja sebagai pedagang dan pengurup wang. Masyarakat ini juga berjaya mendirikan dua buah masjid yang lain: Masjid Al-Abrar dan Nagore Durgha, kedua-duanya terletak di Telok Ayer Street.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Digelar sebagai salah satu masjid tertua di Singapura, Masjid Jamae mempunyai unsur seni bina yang dipengaruhi arkitektur Timur dan Barat. Pintu masuk masjid mempunyai ciri seni bina India Muslim sementara ruang solat dipenuhi tiang-tiang neoklasik Yunani Doric. Tingkap yang berjubin batu hijau pula menunjukkan pengaruh Cina.

Masjid Jamae diwartakan sebagai monumen nasional Singapura pada tahun 29 November 1974.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • National Heritage Board (2002), Singapore's 100 Historic Places, Archipelago Press, ISBN 981-4068-23-3