Masjid Al-Mukarramah
Penampilan
| Masjid Al-Mukarramah | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Cabang/mazhab | Sunni Islam |
| Status | Aktif |
| Maklumat pentadbiran | |
| Imam | (Imam Besar) (Timb. Imam Besar) |
| Dimiliki oleh | No Daftar: MY-10-PTG-00277 |
| Maklumat geografi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Selangor |
| Daerah | Daerah Petaling |
| Lokasi | Jalan Saga 8/1, Bandar Seri Damansara, 52200 Kepong |
| Koordinat | 3°11′31″U 101°36′55″T / 3.19194°U 101.61528°T |
| Maklumat pembinaan | |
| Bil. kubah | 1 |
| Bil. menara | 1 |
| Bahan binaan | Konkrit |
sunting | |
Masjid Al-Mukarramah merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Masjid Al-Mukarramah terletak di kedudukan Latitud 3 darjah, 11 minit, 31 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 36 minit, 55 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 31minit, 15 saat. [1]
Pembinaan masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh Tan Sri Wan Azmi (pemaju Bandar Sri Damansara). Nama asal masjid ini adalah Al-Muhajirin dan kemudiannya telah ditukar nama pada tahun 2000 kepada MASJID AL - MUKARRAMAH. Pembinaan masjid ini adalah inspirasi daripada masjid Sultan Ahmet, Istanbul. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 10/11/2000. [2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Masjid dan surau di Petaling" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-09-03. Dicapai pada 2014-07-05.
- ^ Masjid Al - Mukarramah - IslamGRID[pautan mati kekal]
