Bandar Sri Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Sri Damansara
Jata-Selangor.jpg
Status Perbandaran
Asal nama Damansara
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Petaling
Mukim Sungai Buloh
Keluasan N/A

Bandar Sri Damansara merupakan sebuah perbandaran yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan sebuah bandar kediaman utama yang mewah di dalam subdivisi Damansara di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia, yang terdiri daripada pembangunan bercampur hartanah komersial dan kediaman, yang sebelum ini dibangunkan oleh Land and General Berhad dan kini oleh TA Global.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bandar Sri Damansara merupakan satu dari bandar dalam pentadbiran Daerah Petaling. Sungguhpun terletak dalam negeri Selangor, bandar ini menggunakan poskod 52200 Kuala Lumpur menyebabkan kekeliruan di kalangan penduduk di sini.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Bandar Sri Damansara merupakan zon perumahan dan komersil pegangan bebas yang terletak di Lembah Klang, Selangor, dengan kod daerah Petaling Jaya Utara 9 (PJU 9). Perbandaran ini dikelilingi oleh perbandaran utama seperti Damansara Perdana, Kota Damansara, Bandar Utama, Mutiara Damansaraa, Sierramas dan Valencia. Ia terletak bertentangan dengan Desa Park City dan Sunway SPK Damansara.

Laluan masuk[sunting | sunting sumber]

Bandar Sri Damansara mempunyai rangkaian jalan raya dengan laluan masuk melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Penchala Link Lebuhraya Sprint dan Jalan Lingkaran Kuala Lumpur 2 (MRR2). Pada masa ini, laluan Bandar Sri Damansara baru ke Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sedang dibina untuk memudahkan laluan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Hartanah di Bandar Sri Damansara[sunting | sunting sumber]

Bandar Sri Damansara terdiri daripada pembangunan kediaman yang terdiri daripada banglo dan rumah kos rendah, rumah teres, pangsapuri dan rumah pangsa kos rendah. Kondominium seperti Damansara Foresta dan Ativo Sofo, rumah-rumah berkembar dan banglo seperti Villas Airy dan Damansara dibangunkan di bandar ini.

Harga hartanah di Bandar Sri Damansara telah meningkat dengan pesat seiring dengan peningkatan penduduk yang berpindah ke bandar ini dan pembangunan baru-baru ini seperti Ativo Plaza.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Kebangsaan - satu sekolah rendah Cina Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Desa Jaya 2 dan tiga sekolah rendah kerajaan Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, dan Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 3,

Sekolah Menengah - Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2

Sekolah persendirian - Sri Bestari

Universiti Persendirian - Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT)

Pusat komuniti[sunting | sunting sumber]

Terdapat pusat komuniti yang terletak di dalam perbandaran berhampiran Jalan Margosa di Bandar Sri Damansara. Pusat komuniti ini mengandungi dewan komuniti, padang bola sepak, bola keranjang/gelanggang bola tampar, lapangan golf, beberapa gelanggang badminton dalaman, kolam renang dan gim.

Bangunan komuniti[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara
  • Gereja Methodist
  • Glad Tidings Church
  • Balai Polis Bandar Sri Damansara
  • Bandar Sri Damansara Club



Pautan luar[sunting | sunting sumber]