Masjid Besar Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Al-Kauthar, turut kelihatan kubah serta menara tunggal masjid

Masjid Al-Kauthar atau Masjid Besar Tawau adalah sebuah masjid di Tawau. Ia merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan laut. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah.

Masjid ini mempunyai dua tingkat kesemuanya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan ditingkat bawah yang mempunyai diding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Al-Kauthar menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara kampung. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara kampung pula, sebuah kolam air besar disediakan.

Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya:

  • Perpustakaan
  • Dewan seminar
  • Pejabat pentadbir
  • Tempat menyimpan kasut dan barang.

Berikutan kes kecurian kasut serta sandal yang sering berlaku, sebuah tempat letak kasut berbayar di sediakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Al-Kauthar di etawau.com