Masjid Syajarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Masjid Syajarah ataupun dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Masjid Pohon merupakan sebuah masjid yang dipercayai dibina di atas tapak tertanamnya sebatang pohon lama yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan menurut al-Azraqy (meninggal dunia pada 244 Hijrah bersamaan 858 Masihi), Masjid Syajarah terletak berhadapan dengan Masjid Jin. Al-Fakihy juga turut berpendapat yang sama, tetapi beliau menambahkan bahawa di sanalah terdapatnya satu pohon di mana Nabi Muhammad memanggilnya lalu pohon tersebut berjalan mendekati Nabi Muhammad.

Ibnu Jauzy (meninggal pada tahun 597 Hijrah) pula mengutarakan pendapat bahawa terdapat sebuah Masjid yang terletak di Tanah Tinggi Makkah yang disebut dengan Masjid Syajarah yang berhadapan dengan Masjid Jin (Jinn Mosque).

Dikisahkan Bahawa Nabi Muhammad telah memanggil sebuah pohon yang terletak di Masjid Syajarah (sekarang), lalu pohon itu pun dengan segeranya tercabut dari kedudukan asalnya di muka bumi, berjalan mendekati Nabi Muhammad yang berada di depannya. Kemudian selepas itu Nabi meminta untuk pohon itu kembali semula ke tempat asalnya. Demikian itu juga, Ibnu Zahirah turut meriwayatkan perkara yang sama.

Dari riwayat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Mukjizat Nabi Muhammad itu telah terjadi di Hujun (kawasan yang terletak di Tanah Tinggi Makkah dan ditempat beradanya Masjid Syajarah sekarang). Peristiwa keajaiban itu juga turut dicatat rekodkan berlaku tatkala Nabi ketika itu berada di Masjid Jin. Manakala dalam riwayat yang dituturkan oleh al-Fakihy disebutkan bahawa Jin telah meminta bukti dan dalil yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Maka dengan itu Allah telah mendatangkan mukjizat tersebut kepada Nabi Muhammad bagi menunjukkan Nabi Muhammad itu adalah utusan dari Allah yang sebenarnya. Kebanyakan dari para Jin yang melihat keajaiban tersebut lantas memeluk Islam dan membenarkan Allah dan Rasullullah (Muhammad) sebagai utusan dari Allah Yang Maha Agung.

Sehingga ke hari ini, Masjid Syajarah telah diperbaharui kembali bersamaan dengan pembaharuan Masjid Jin iaitu pada tahun 1421 Hijrah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Akhbar Makkah Li al-Azraqy, 2/201
  • Akhbar Makkah Li al-Fakihy, 4/27
  • Matsir al-Gharam, halaman:191
  • Al-Jami’ al-Latiff, halaman:209
  • Akhbar Makkah Li al-Fakihy, 4/23
  • Buku Sejarah Mekah dulu dan kini; oleh Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani, m/s 184, terbitan Al-Rasheed Printers, Edisi ketiga 1425 AH (Hijrah)/ 2004 AD.