Masjid Universiti Teknologi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Universiti Teknologi Malaysia terletak di kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2010, perasmian masjid ini dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir ialah Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Putera kedua, Tengku Muhammad Mua’az. Lain-lain ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr Abdullah Ayub dan Datuk Dr Muhammad Ridzuan Salleh serta Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Naib Canselor UTM, Datuk Ir Dr Zaini Ujang menjelaskan bahawa masjid ini boleh menampung 3000 jemaah sewaktu solat Jumaat. Masjid baru ini bagi menggantikan masjid kayu yang dibina pada 1972. Ketika itu hanya menampung 1,500 jemaah saja. Masjid lama dirobohkan untuk dibina masjid baru yang bermula pada bulan November 2008. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah telah memperuntukkan RM7.5 juta bagi pembinaan masjid ini.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]