Zaini Ujang
Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang | |
---|---|
Butiran peribadi | |
Alma mater | Universiti Teknologi Malaysia Universiti Newcastle |
Pekerjaan | Jurutera alam sekitar |
[1] |
Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang merupakan professor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai, Johor. Pada 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 peringkat Negeri Sembilan. Beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1441 H (2019 M) pada peringkat kebangsaan.[2]
Biodata[sunting | sunting sumber]
Zaini Ujang (49 tahun) dilahirkan di Kampung Inas, Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran di bidang rawatan air dan sisa.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli di UTM. Kemudian, beliau dilantik sebagai Naib Canselor UTM.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433 H peringkat Negeri Sembilan disampaikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi pada 28 November 2011. Zaini membawa pulang RM10 000, pakej umrah bernilai RM6,000 dan hadiah iringan serta sijil penghargaan.[3]
Beliau dapat Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada peringkat kebangsaan pada 1441 H (2019 M) pada 1 September 2019.[2]
Bibliografi[sunting | sunting sumber]
- Minda Lestari : Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 2009.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "About Zaini Ujang". Universiti Teknologi Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
- ^ a b Danial Razi, Faris (1 September 2019). "Zaini Ujang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2020. Dicapai pada 1 September 2019.
- ^ "Naib Canselor UTM Dipilih Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan". mStar.com. 28 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-12. Dicapai pada 2021-08-14.