Masss

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masss
PengarahVenkat Prabhu
Lakon layarVenkat Prabhu
Madhan Karky
Cerita olehVenkat Prabhu
Dihasilkan olehK. R. Gnanavelraja
Surya
DibintangiSuriya
Nayantara
Pranitha Subash

Premgi Amaren
R.Parthiban
Samuthirakani
SinematografiR. D. Rajasekhar
Disunting olehPraveen K. L.
Muzik olehYuvan Shankar Raja
Syarikat
penerbitan
Studio Green
2D Productions
Diedarkan olehEros International
Masa tayangan
162 minit
NegaraIndia
BahasaTamil

Mass adalah filem seram ngeri-supernatural Bahasa Tamil yang akan diarahkan oleh Venkat Prabhu.[1] Filem ini dikeluarkan dengan judul Massu Engira Masilamani((Bahasa Melayu : Masilamani yang bernama Massu) di Tamil Nadu dan Europe.Surya memainkan peranan utama bersama Nayantara dan Pranitha . Runut bunyi bagi filem ini diarah oleh Yuvan Shankar Raja dan sinematografi dikendalikan oleh RD Rajasekhar. Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada Musim panas 2015(29 May 2015). Di Malaysia, filem ini berjaya mengutip MYR 5,470,489 dan sekali gus menjadikannya filem keempat tertinggi kutipan pecah panggung bagi filem tamil di malaysia bagi tahun 2015 , di belakang I ,Vedhalam dan Kanchana 2[2].

Plot[sunting | sunting sumber]

Selepas kemalangan yang mengancam nyawa, seorang lelaki mendapati bahawa dia boleh berkomunikasi dengan yang mati, dan perlu memutuskan sama ada untuk bertindak atas nasihat mereka

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Surya sebagai Masilamani (Masss) dan Shakthi
  • Nayantara sebagai Manini
  • Pranitha sebagai Anuradha
  • Premgi Amaren sebagai Jetli
  • R.Parthiban sebagai Vikram Lakshman
  • Samuthirakani sebagai Radha Krishnan (RK)
  • Karunas sebagai Azhagu (Hantu)
  • Sriman sebagai Sripathy (Hantu)
  • Daniel Annie Pope sebagai Hantu
  • Riyaz Khan sebagai Kamal Ekambaram
  • Rajendran sebagai Hantu
  • Sharath Lohitashwa sebagai Anthony
  • Stunt Silva sebagai Prince
  • Prinz sebagai Mahesh

Produksi[sunting | sunting sumber]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Pada awal Disember 2013, Sify melaporkan bahawa filem seterusnya Venkat Prabhu selepas Biriyani (2013) akan menampilkan Surya sebagai pelakon utama. Tiga hari kemudian projek ini telah disahkan oleh Pengarah. Selepas itu, penulis lirik Madhan Karky telah ditandatangani untuk menulis dialog untuk filem ini.Seperti filem Venkat Prabhu sebelum ini, komposer Yuvan Shankar Raja dan editor Praveen KL ditarik untuk menyertai filem ini. Filem ini telah disebut-sebut untuk menjadi filem Tamil yang pertama yang dihasilkan dalam format 3D, tetapi Venkat Prabhu kemudian memaklumkan bahawa ia adalah tidak benar.Filem ini dikhabarkan akan diberi tajuk sebagai Poochandi, Walau bagaimanapun Venkat Prabhu mengumumkan pada 5 Julai 2014 melalui Twitter dan Facebook bahawa ia telah berjudul Masss. Filem ini dikeluarkan dengan judul Massu Engira Masilamani di Tamil Nadu dan Europe.

Pemilihan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Laporan pada Januari 2014 menunjukkan bahawa Suriya akan memainkan dwi watak. Tambahan pula, beliau dikatakan diberi dua penampilan yang berbeza dengan satu watak mempunyai rambut yang panjang. Selepas menamatkan filem itu, Suriya menyatakan bahawa dia telah memainkan dua watak, Masilamani, seorang kaki tipu, dan Shakti.Nayantara telah dimeterai untuk memainkan watak perempuan utama bersama-sama Amy Jackson. Amy Jackson kemudian diganti dengan Pranitha.

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem ini dijalankan di bandar raya Chennai, Ooty, Kullu dan Manali. Sebuah lagu difilemkan di Bulgaria

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Masss
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada8 May 2015
TempatIndia Edit the value on Wikidata
GenreRunut Bunyi
Panjang29:06
BahasaTamil
SyarikatEros Music
PengedarEros International (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PengarahVenkat Prabhu Edit the value on Wikidata
PenerbitYuvan Shankar Raja
Kronologi Yuvan Shankar Raja
Idam Porul Yaeval
(2014)
Masss
(2015)
Yatchan
(2015)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sepupu Venkat Prabhu,Yuvan Shankar Raja mengubah lagu dan skor musik bagi filem ini

No.TajukSeni kataSinger(s)Masa
1."Therikkudhu Masss"Madhan KarkyShankar Mahadevan, Ranjith, Yuvan Shankar Raja4:43
2."Naan Aval Illai"Madhan KarkyKarthik, Chinmayi Sripaada4:36
3."Poochandi"Gangai AmaranYuvan Shankar Raja, Pooja4:55
4."Con Man Theme"Instrumentasi2:23
5."Piravi"Madhan KarkyVaikom Vijayalakshmi4:36
6."Masss Theme"Instrumentasi2:02
7."Therikkudhu Masss (Gasa Gasa Mix)" (Remixed by Premgi Amaren) Madhan KarkyShankar Mahadevan, Ranjith, Yuvan Shankar Raja, Premgi Amaren5:51
Jumlah masa: 29:06


Tayangan[sunting | sunting sumber]

Hak pengedaran seluruh dunia Masss telah dijual kepada Eros International.Di Malaysia, filem ini diedarkan oleh Lotus Five Star AV.

Penerimaan Kritikal[sunting | sunting sumber]

Sumber Penarafan
Behinwood 3/5 bintang
International Business Times 3/5 bintang
Oneindia 3/5 bintang
Indiaglitz 3/5 bintang
The Times of India 3/5 bintang
Rediff 2.5/5 bintang
The Economic Times 2.5/5 bintang

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah mengaut kira-kira US$9.5 million selepas sebulan tayangan. Di Malaysia filem ini berjaya mengutip $USD 1,462,385 dan berada di tempat keempat bagi filem tamil dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]