Maulid Nabi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maulid Nabi (ﻣﻭلﺪ نﺑﻲ) merupakan sebuah "Rumah Kelahiran" kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.

Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama "Maktabah Makkah Al-Mukarramah"

Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.