Mayangsari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Mayangsari
Latar belakang
Nama lahir Agustina Mayangsari
Nama lain Mayangsari
Lahir (1971-08-23) 23 Ogos 1971 (umur 50)
Indonesia Purwokerto, Jawa Tengah, Indonesia
Etnik Jawa
Pekerjaan penyanyi
Tahun aktif 1990 – kini
Pasangan Bambang Trihatmodjo (2000 - sekarang)
Anak Khirani Siti Hartina Trihatmodjo (2006)
Agama Islam

Agustina Mayangsari atau lebih dikenali sebagai Mayangsari (lahir di Purwokerto, Jawa Tengah, 23 Ogos 1971; umur 50 tahun) merupakan seorang penyanyi Indonesia yang dikenali dengan lagunya seperti "Harus Malam Ini" dan "Tiada Lagi". Selain menyanyi, Mayang juga memiliki kemampuan nyinden atau menyanyikan lagu-lagu Jawa.

Darah seni diwarisi dari kedua ibu bapanya. Ayahnya, Ki Dalang Sugito Purbocarito, ialah dalang sedangkan ibunya, Larasatun yang memiliki nama panggilan Nyi Woro Cengkir Gading ialah pesinden.[1]

Mayang yang terkenal di era 1990-an membuat berita heboh pada tahun 2000-an kerana digosipkan dekat dengan putera mantan presiden RI Suharto, Bambang Trihatmodjo yang telah berkahwin dengan Halimah Agustina Kamil. Kemudian diketahui Mayang ternyata telah berkahwin siri dengan Bambang dan memiliki seorang puteri, Khirani Siti Hartina Trihatmodjo.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mayang mula dikenali sejak melempar album perdana bertajuk Gairah pada awal tahun 1990. Sayang, album perdananya itu kurang berjaya di pasar. Setahun kemudian, Mayang kembali menerbitkan album Selamat Malam Cinta, dan cukup meledak. Kemudian menyusul Pinta (1992), Agenda (1993), Biarkan Saja (1994), Rasa Cintaku (1995), Beri Kesempatan (1996), Harus Malam Ini (1997), Tiada Lagi (1998), dan Kusalah Menilai (1999).

Di tengah gosip kehidupan peribadi yang terus menerpa, Mayang menerbitkan album ke-13, Repackage (2005). Album tersebut berisi 12 tembang yang terdiri dari 10 lagu-lagu lawas dan dua tembang baru. Beberapa lagu lamanya ada yang dibiarkan utuh, ada pula yang diaransemen ulang. Sedangkan dua lagu baru adalah ciptaan Bebi Romeo, "Kembali Mencintaimu" dan "Mengertilah" karya Irwan Simanjuntak. Berbeza dengan album sebelumnya, kali ini Ia menangani sendiri lagu karyanya alias menjadi seorang penerbit.[2][3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Gairah (1990)
  • Album Rock (1991)
  • Selamat Malam Cinta (1991)
  • Pinta (1992)
  • Agenda (1993)
  • Biarkan Saja (1994)
  • Rasa Cintaku (1995)
  • Beri Kesempatan (1996)
  • Harus Malam Ini (1997)
  • Tiada Lagi (1998)
  • Kusalah Menilai (1999)
  • Ijinkan (2000)
  • Repackage (2005)
  • Hanya Untukmu (2014)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]