Mbira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Mbira merangkumi keluarga alat muzik tradisional dalam kalangan orang Shona di Selatan Afrika terutamanya Zimbabwe, Malawi dan Afrika Selatan. Ia terdiri dari papan kayu ditala mendempang dipasangkan dengan mata-mata lidah besi dipetik dengan ibu jari dan mana-mana jari telunjuk. Alat ini sering dimainkan dalam acara-acara bertujuan keagamaan, majlis perkahwinan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Ia tersebar dan dimasyhurkan di luar benua ini pada pertengahan tahun 1950-an berikutan penyelidikan dilakukan ahli etnomuzikologi Amerika Hugh Tracey yang kemudiannya diberi nama kalimba.[1][2] Ia kemudiannya dipopularkan pada tahun 1960-an dan awal 1970-an terutamanya disebabkan oleh kejayaan pemuzik seperti Maurice White dan Thomas Mapfumo.[3]

Seni bermain alat ini disenaraikan sebagai suatu warisan budaya tidak ketara oleh UNESCO pada tahun 2020.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "My Story of Hugh Tracey – Kalimba Magic". www.kalimbamagic.com. Dicapai pada 2020-05-01.
  2. ^ "Hugh Tracey Kalimbas". www.danmoi.com. Dicapai pada 2020-05-01.
  3. ^ "Making music: Zimbabwe's mbira". BBC News – Africa. Dicapai pada 11 Spetember 2021. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. ^ "Art of crafting and playing Mbira/Sansi, the finger-plucking traditional musical instrument in Malawi and Zimbabwe". Intangible Cultural Heritage (dalam bahasa Inggeris). UNESCO. Dicapai pada 11 September 2021.