McAfee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
McAfee, LLC
Dinamakan sempenaJohn McAfee Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahUsahasama
IndustriPerisian komputer
PendahuluIntel Security Group (2014–2017)
McAfee Associates, Inc. (1987–2014)
Ditubuhkan1987; 37 tahun yang lalu (1987)[1] sebagai McAfee Associates, Inc.
2017; 7 tahun yang lalu (2017) sebagai McAfee, LLC
PengasasJohn McAfee
Ibu pejabat2821 Mission College Blvd.[2], Santa Clara, California, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingChris Young
(CEO)
KeluaranPerisian keselamatan
PerkhidmatanKeselamatan komputer
Pemilik
  • Intel (49%)
  • TPG Capital (51%)
  • Thoma Bravo (saham minoriti)
Bilangan kakitangan6,768 (2017)
Syarikat indukIntel Corporation Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.mcafee.com
Facebook: McAfee Twitter: McAfee LinkedIn: 2336 Youtube: UCpvWmi8WBh_2RedB5-xDOXg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

McAfee, LLC[3] (dahulunya dikenali sebagai McAfee Associates, Inc. pada tahun 1987–2014 dan Intel Security Group pada tahun 2014–2017) merupakan sebuah syarikat perisian keselamatan komputer Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Santa Clara, California.[4]

Syarikat ini dibeli oleh Intel pada bulan Februari 2011,[5][6]dan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan Keselamatan Intel.

Pada 7 September 2016, Intel mengumumkan tentang urusan strategik dengan TPG Capital untuk menukarkan Keselamatan Intel kepada usahasama antara kedua-dua syarikat yang dinamakan sebagai McAfee.[7] Urusan tersebut tamat pada 3 April 2017.[8] Thoma Bravo memegang saham minoriti di syarikat tersebut, dan Intel mengekalkan saham 49%.[9][10]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo terdahulu McAfee dengan larik nama Intel.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 1987 sebagai McAfee Associates, dinamakan bersempena nama pengasasnya John McAfee, yang telah meletak jawatan dari syarikat ini pada tahun 1994.[11] Syarikat McAfee telah digabungkan di negeri Delaware pada tahun 1992. Network Associates telah dibentuk pada tahun 1997 sebagai gabungan antara McAfee Associates, Network General, PGP Corporation dan Helix Software.

Syarikat tersebut telah distruktur pada tahun 2004, bermula dengan jualan perniagaan Magic Solutions kepada Remedy, iaitu anak syarikat BMC Software pada awal tahun itu. Pada pertengahan tahun 2004, syarikat tersebut telah menjual perniagaan Sniffer Technologies kepada sebuah firma yang disokong oleh modal teroka bernama Network General (nama yang sama dengan pemilik asal Sniffer Technologies), dan menukarkan semula namanya kepada McAfee untuk mencerminkan tumpuannya kepada teknologi berkaitan keselamatan.[12]

Sumber terbuka[sunting | sunting sumber]

Antara syarikat-syarikat lain yang telah dibeli dan dijual oleh McAfee ialah Trusted Information Systems, yang membangunkan Firewall Toolkit, iaitu yayasan perisian percuma bagi Gauntlet Firewall untuk tujuan komersial, yang kemudiannya dijual kepada Secure Computer Corporation.

Hasil daripada kepemilikan TIS Labs / NAI Labs / Network Associates Laboratories / McAfee Research yang singkat, McAfee menjadi sangat berpengaruh dalam bidang perisian sumber terbuka, oleh kerana organisasi tersebut menghasilkan bahagian-bahagian daripada sistem pengendalian Linux, FreeBSD, dan Darwin, serta membangunkan bahagian-bahagian daripada perisian pelayan nama BIND dan Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (SNMP) versi 3.

Teknologi penyulitan[sunting | sunting sumber]

McAfee telah membeli Perbadanan FSA yang berpusat di Calgary, Alberta, Kanada, yang membantu syarikat tersebut mempelbagaikan tawaran keselamatannya daripada hanya perisian antivirus berasaskan pelanggan kepada teknologi rangkaian dan teknologi penyulitan desktop yang tersendiri.

Pasukan FSA juga menyelia pembuatan beberapa teknologi yang tercanggih pada masa itu yang antaranya adalah tembok api, penyulitan fail, dan garis produk prasarana kunci awam. Walaupun garis produk tersebut mempunyai kejayaan individu yang tersendiri yang antaranya ialah PowerBroker (dituliskan oleh Dean Huxley dan Dan Freedman, kini dijual oleh BeyondTrust), kemajuan perisian antivirus sentiasa mengatasi kemajuan garis produk keselamatan yang lain. Ringkasnya, McAfee terkenal disebabkan oleh produk antivirus dan antispamnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "About Us: Home and Home Office Anti Virus Software | McAfee". Home.mcafee.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mei 2012.
  2. ^ "Contact US" (dalam bahasa Inggeris). McAfee. Dicapai pada 15 Mei 2012.
  3. ^ Taschler, Scott (1 September 2010). "Quick Tips: How Do You Pronounce McAfee" (dalam bahasa Inggeris). McAfee, Inc.
  4. ^ "About McAfee" (PDF). Mcafee.com (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2012. Dicapai pada 28 September 2016.
  5. ^ "Intel Completes Acquisition of McAfee". McAfee News (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 2011. Dicapai pada 6 Februari 2012.
  6. ^ "Intel in $7.68bn McAfee takeover". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2010.
  7. ^ "Intel Security Group". Intelsecurity.com (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2016. Dicapai pada 28 September 2016.
  8. ^ "A Brand New McAfee Commits to Building a Safer Future". www.mcafee.com (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). McAfee. 3 April 2017. Dicapai pada 10 April 2017.
  9. ^ "Intel sells McAfee security unit to TPG" (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2016. Dicapai pada 30 September 2016.
  10. ^ "McAfee is back after Intel completes sale to private equity". V3 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 April 2017.
  11. ^ Bernabeo, Paul (2008). Inventors and Inventions, Volume 4 (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish. m/s. 1033. ISBN 0761477675.
  12. ^ Computer Desktop Encyclopedia (1981–2018). "McAfee". TheFreeDictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Pennsylvania (US): The Computer Language Co. Inc. Dicapai pada 7 Mei 2018.CS1 maint: date format (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]