John McAfee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
John di Politicon pada Jun 2016

John David McAfee (AFA: /ˈmækəfiː/) merupakan seorang pengaturcara dan peniaga British-Amerika.

John dilahirkan di Cinderford, United Kingdom pada 18 September 1945 di pangkalan tentera Amerika Syarikat, dengan ayahnya warga Amerika yang ditempatkan di situ manakala ibunya warga England, dan dia dibesarkan di Salem, Virginia, AS.[1] John bekerja sebagai pengaturcara di Institut Kajian Angkasa NASA di Bandar Raya New York dari tahun 1968 hingga 1970. John berpendirian sebagai seorang ahli libertarianisme dan penyokong penyahjenayaan ganja dan penghentian peperangan terhadap dadah, ketidakpedulian antara negara dalam polisi luar negara dan ekonomi pasaran bebas yang tidak mengagihkan kekayaan dan dia menjunjung perdagangan bebas. John berhujah bahawa cukai haram dan mengaku bahawa dia tidak pernah menghantar borang percukaian sejak tahun 2010. John tinggal dengan isterinya Janice Dyson di Lexington, Tennessee, AS. Pada 30 April 2012, harta John di Bandar Jalan Oren, Belize, diserbu Unit Pembanterasan Penyamun Jabatan Polis Belize. Gringo: Kehidupan Bahaya John McAfee ialah filem dokumentari Rangkaian Showtimes tentang sebahagian kehidupan McAfee sewaktu di Belize.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McAfee, John (Jun 26, 2019). "Can a person run for, and be, President of the United States and Prime Minister of Great Britain simultaneously? Yes. Absolutely. Without question. But I believe I am one of the few people stil alive who could qualify for the combined position". Twitter. Dicapai pada Julai 28, 2019.