Md Hashim Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Md Hashim bin Hussein)

Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim bin Hussein ialah Panglima Tentera Darat Malaysia ke-18 (1999-2002).[1] Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan antara 2003 dan 2006.[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Md Hashim bin Hussein dilahirkan di Johor Baharu pada 2 Jun tahun 1947.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Waktu zaman muda, Md Hashim bin Hussein adalah sebagai kadet di Royal Military Academy, pada-tahun 1963. Ilmu peperangan untuk beliau adalah amat penting untuk beliau, beliau juga belajar teknik-teknik tentera dalam negeri dan luar negara untuk mencapai dan membawa peringkat yang lagi maju untuk tentera darat sebila-bila masa. Senarai yang beliau pernah belajar dan tahun yang berkenaan:

  • Army Intelligence Centre Woodside, Australia – 1971.
  • US Army Infantry School, Fort Benning – 1975.
  • Malaysian Staff College, Kuala Lumpur – 1979.
  • United Kingdom Infantry School, Warminster – 1980.
  • US Army Command and General Staff College, Fort Leavenworth – 1985.
  • Malaysian Armed Forces Defence College, Kuala Lumpur – 1989.

Pada tahun 1991, Md Hashim Hussein berjaya mendapat Ijazah sarjana dalam Kajian Perang King's College, London keputusan kepujian.

Dalam masa beliau berkhidmat, beliau berpegang jawatan seperti berikut:-

  • Instructor at the Royal Military College, Sungei Besi, Selangor.
  • Brigade Major, 9th Infantry Brigade.
  • Commanding Officer, 11th Royal Malay Regiment.
  • Directing Staff, Malaysian Armed Forces Staff College.
  • First Malaysian Exchange Directing Staff at the Australian Army Command and Staff College.
  • Commandant, Army Training Centre, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pada tahun 1993 beliau dilantik sebagai Komadan untuk berkhidmat dengan United Nations Protection Force Malaysian Commander (UNPROFOR) di Bosnia Herzegovina hingga tahun 1994.

Beliau juga sebagai Komandan Pertama kepada pertubuhan baru 10 Briged Para, (Founder of 10 Parachute Brigade).

Pada tahun 1999 bulan Januari, beliau dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Darat Malaysia, Panglima Tentera Darat ke-18.

Pada tahun 2001 Md Hashim Bin Hussein dipilih sebagai Induksi Pegawai Antarabangsa "Hall of Fame", United States Command and General Staff College Fort Leavenworth, USA.

Lebih daripada 36 tahun berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia, beliau bersara pada tahun 2002 bulan Disember.

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara, Jeneral Md Hashim dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi (Duta Besar) kepada negara Pakistan sehingga tahun 2005.

Semasa beliau tamat tempoh khidmat, beliau sekali lagi dilantik sebagai Chairman of National Authority Chemical Weapons bertugas di Wisma Putra, Putrajaya sehingga tahun 2008.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mac 2013, belau mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).[3] Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di parlimen Johor Bahru.[4]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia

  • PSM, DGMK, SPMJ, SPKK, SPTS, DPMJ, DSAP

Penghargaan antarabangsa

  • Nishan-I-Imtiaz (Military) NI (M-Pakistan) (Pakistan)
  • The Order of National Security Merit (Republic of Korea) Tong-il(ROK)
  • 1st Bosnian Golden Medal (Ljiljan) (Bosnia and Herzegovina)
  • High Level US Army Award ‘Legion of Merit’ (Order of Commander)
  • Bintang Kartika Paksi Utama (Indonesia)
  • Officer de I’Orde National du Merite (France)
  • Knight Grand Cross (First Class) (Thailand)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Panglima Tentera Darat Malaysia". Tentera Darat Malaysia. 2012. Dicapai pada 24 April 2013.
  2. ^ "Jen (B) Hashim dilantik Jeneral Politik PKR". Sinar Harian. 6 Mac 2013. Dicapai pada 24 April 2013.
  3. ^ Afix Redzuan (6 Mac 2013). "Bekas Panglima Turus Tentera Darat Masuk PKR". Media Selangorku. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-08. Dicapai pada 1 Mei 2013.
  4. ^ Maznah Mohd. Arshad (20/04/2013). "PRU-13: Shahrir lawan Jeneral Hashim di Johor Bahru". Utusan Online. Dicapai pada 1 Mei 2013. Check date values in: |date= (bantuan)


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Darat
1 Januari 1999 - 31 Disember 2002
Penyandang Kemudian
Jeneral Dato' Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin Jeneral Dato' Wira Mohd Shahrom bin Nordin