Meliponikultur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemelihara lebah kelulut sedang memungut madu kelulut dari koloni kelulut.

Meliponikultur atau pemeliharaan lebah kelulut adalah pengendalian dan pengurusan koloni lebah kelulut. Pemelihara kelulut menternak kelulut bagi menuai madu dan produk haif yang lain (termasuklah propolis, debunga, dan lilin lebah). Penternakan ini juga bertujuan untuk pendebungaan tanaman dan penghasilan koloni kelulut untuk dijual kepada pemelihara lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pemeliharaan lebah kelulut telah lama dipraktikkan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan sebelum kedatangan pendatang Eropah. Semasa zaman itu, kaum Asli mengambil madu dan lilin daripada kelulut. Kemudian barulah lebah madu dibawa dari Eropah, dan pada kurun ke-20, dari Afrika.

Pada masa ini meliponikultur banyak terdapat di negara-negara Amerika Tengah dan Selatan, terutamanya Mexico sebagai peninggalan kaum Maya, dan di Timur Laut Brazil. Mereka banyak menternak spesis Melipona beecheii, M. scutellaris, M. compressipes dan kelulut kecil Tetragonisca angustula. T. angustula menghasilkan madu yang sedikit tetapi tetap dipelihara kerana madunya berfungsi sebagai penawar katarak.

Pemeliharaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kaedah penternakan kelulut iaitu kaedah tradisional dan kaedah pemeliharaan secara industri.[1]

Tradisional[sunting | sunting sumber]

Kaedah tradisional menggunakan cara mengambil koloni liar dari tunggul kayu dan memindahkannya ke sarang buatan manusia. Ada juga yang mengumpan dengan haif kotak kayu.[2]

Secara industri[sunting | sunting sumber]

Kaedah ini adalah dengan pemelihara lebah memindah kokun jantan dan pekerja ke dalam kotak baharu. Kemudian memperkenalkan sel ratu daripada koloni lain. Pekerja yang terbang dipindahkan dari haif yang mempunyai banyak lebah pekerja menggunakan teknik hanyut sama seperti pemindahan lebah madu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cortopassi-Laurino, M., V. L. Imperatriz-Fonseca, D. W. Roubik, A. Dollin, T. Heard, I. Aguilar, G. C. Venturieri, C. Eardley, and P. Nogueira-Neto. 2006. Global meliponiculture: Challenges and opportunities. Apidologie 37:275–292.
  2. ^ Schwarz, H. F. 1939. The Indo-Malayan Species of Trigona. Bulletin of the American Museum of Natural History 76:83–141.
  3. ^ Ribbands, C. R. 1953. The Behaviour and Social Life of Honey Bees. Bee Research Association Limited, London. 352 pp.