Melting Point (EP)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MELTING POINT
Album mini oleh
Dilancarkan pada6 November 2023 (2023-11-06)
Dirakamkan pada2023
TempatKorea Selatan
Genre
Panjang14:45[1]
BahasaKorea
Syarikat
Kronologi Zerobaseone
Youth in the Shade
(2023)
MELTING POINT
(2023)
Single daripada Melting Point
  1. "Crush (가시)"
    Dikeluarkan: 6 November 2023
Video muzik
"CRUSH (가시)" di YouTube
"MELTING POINT" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Melting Point (digayakan dengan semua huruf besar) ialah album mini kedua bagi kumpulan lelaki Korea Selatan, Zerobaseone. Dilancarkan pada 6 November 2023 oleh syarikat WakeOne, album mini ini terdiri daripada lima runut, dengan lagu "CRUSH (가시)" dijadikan sebagai single utama.

Tajuk[sunting | sunting sumber]

Tajuk album mini tersebut mewakili persamaan konsep antara proses peleburan ais pada suhu 0°C dan cita-cita kumpulan itu untuk membuka dunia baharu dengan muzik yang kuat dan persembahan yang bersemangat.[2]

Latar belakang dan pelancaran[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2023, WakeOne mengeluarkan iklan acah untuk album mini kedua Zerobaseone yang akan dikeluarkan pada November lewat tahun itu, membayangkan album yang bertemakan musim sejuk.[3] Pada 6 Oktober, diumumkan bahawa album itu dengan tajuk Melting Point akan dilancarkan pada 6 November.[4] Pada hari yang sama, prapesanan untuk album tersebut juga bermula.[5][6] Senarai runut album dikeluarkan pada 19 Oktober, dengan lagu "CRUSH (가시)" diumumkan sebagai single utama.[7] Iklan acah untuk video muzik "CRUSH (가시)" telah dikeluarkan pada 1 dan 5 November.[8][9] Video muzik penuh kemudiannya dilancarkan bersama-sama dengan album itu.

Melting Point tersedia dalam tiga versi buku foto dan sembilan versi digipack.[5][6]

Penggubahan[sunting | sunting sumber]

Melting Point terdiri daripada 5 buah runut.[10] Lagu pembukaan "Melting Point" (Takat Lebur) ialah lagu yang "menyatakan proses meleburkan hati yang beku dalam cinta".[11] Lagu kedua "Take My Hand" (Ambil Tanganku) ialah lagu yang "mengandungi kehendak untuk memegang tangan anda dan melompat ke dunia baru, dan hanya kami yang menyanyi dan menari bersama".[11] Lagu ketiga dan utama, "CRUSH (가시)" (Hancur (Duri)) ialah "lagu yang penuh perasaan dan berkuasa yang meringkaskan komitmen Zerobaseone untuk mengambil langkah seterusnya".[11] "Kidz Zone" (Zon Kanak-kanak) yang merupakan lagu keempat menyampaikan maksud "mengenai dunia kita sendiri, di mana kita menyanyi dan menari bersama". Lagu kelima dan terakhir iaitu "Good Night" (Selamat Malam) ialah "lagu dodoi dengan gaya Zerobaseone yang menghiburkan hari dan malam yang sukar".[11]

Prestasi komersial[sunting | sunting sumber]

Menurut pengedar album Genie Music, prapesanan untuk Melting Point melepasi 1.7 juta salinan dalam masa 20 hari pada 26 Oktober.[12] Pada hari pertama pelancarannya, album itu terjual sebanyak 1.458 juta salinan mengikut Carta Hanteo, mencatat rekod untuk kumpulan itu sebagai kumpulan K-pop pertama yang mempunyai jualan hari pertama dengan lebih sejuta salinan untuk dua kali berturut-turut sejak penampilan sulung, berikutan prestasi yang sama dicapai oleh album mini sulung Youth in the Shade mereka.[13]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Senarai runut MELTING POINT[a]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."MELTING POINT"
"Takat Lebur"
  • Jo Yoon-kyung
  • Yiyijin
  • 12h51m (XYXX)
  • sunfl0wer
  • Kevinoppa (Solcire)
  • Arineh Karimi
Kevinoppa (Solcire)2:53
2."Take My Hand"
"Ambil Tanganku"
  • 12h51m (XYXX)
  • Moon Yeo-reum (Jamfactory)
  • sunfl0wer
  • Seo Young-jun
  • Kim Ye-bin (ARTiffect)
  • Kang Eun-yoo (ARTiffect)
  • Kim Soo-min (153/Joombas)
  • danke
  • imsuho
  • Naasim
  • Dr. Han
  • Arineh Karimi
  • Gusten Dahlqvist
  • Val Del Prete
  • Chris Wahle
  • Ryan Lawrie
  • imsuho
  • Naasim
  • Dr. Han
3:35
3."CRUSH (가시)"
"Hancur (Duri)"
  • Melange (Inhouse)
  • Song-yu (Inhouse)
  • Jung Min-ji (Inhouse)
  • sunfl0wer
  • Jo Yoon-kyung
  • danke
  • KASS
  • imsuho
  • N!ko
  • Chris Wahle
  • Ryan Lawrie
  • Ronnie Icon
  • Nicole Timms
  • Andreas Öhrn
  • ADORA
  • Haedo (Papermaker)
  • imsuho
  • N!ko
2:49
4."Kidz Zone"
"Zon Kanak-kanak"
  • Lee Seu-ran
  • Lee Sol-bi (Inhouse)
  • Alex Hope
  • Luke Niccoli
  • Alex Bilo
  • Madi Yanofsky
  • Alex Hope
2:29
5."Good Night"
"Selamat Malam"
  • Jo Yoon-kyung
  • Yiyijin
  • sunfl0wer
  • imsuho
  • N!ko
  • Julie Yu
  • Elias Öberg
  • imsuho
  • N!ko
2:59
Jumlah masa: 14:45

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta mingguan[sunting | sunting sumber]

Prestasi carta mingguan untuk MELTING POINT
Carta (2023) Ked.
puncak
Ruj.
 Jepun (Album Oricon) 2 [14]
 Jepun (Album Gabungan Oricon) 2 [15]
 Jepun (Album Hangat Billboard Japan) 31 [16]
 Jepun (Album Muat Turun Billboard Japan) 12 [17]
 Korea Selatan (Album Circle) 2 [18]
 Korea Selatan (Album Runcit Circle) 2 [19]

Carta bulanan[sunting | sunting sumber]

Prestasi carta bulanan untuk MELTING POINT
Carta (2023) Ked.
puncak
Ruj.
 Korea Selatan (Album Circle) 3 [20]
 Korea Selatan (Album Runcit Circle) 4 [21]

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Sejarah pelancaran dan format untuk MELTING POINT
Wilayah Tarikh Format Syarikat Ruj.
 Korea Selatan 6 November 2023
[1][5]
Seluruh dunia Pelbagai
 Jepun 11 November 2023 CD [22]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kredit penulisan, penggubahan dan susunan lagu diambil daripada media sosial rasmi Zerobaseone di Twitter,[10] manakala tempoh masa lagu diperoleh daripada Apple Music.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "MELTING POINT - EP". Apple Music. 6 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2023. Dicapai pada 8 November 2023.
  2. ^ Hwang, Hye-jin (26 Oktober 2023). "제로베이스원, 선주문량 170만 장 돌파… 2연속 밀리언셀러 예고" [ZEROBASEONE, jumlah prapesanan melebihi 1.7 juta salinan... notis jualan juta kedua berturut-turut]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2023. Dicapai pada 27 Oktober 2023 – melalui Naver.
  3. ^ Lee, Se-bin (20 Ogos 2023). "[단독] 제로베이스원, 겨울 컴백 예고..."11월 목표로 준비 중"" [[Eksklusif] ZEROBASEONE, pratonton kemunculan semula musim sejuk... "Bersedia untuk sasaran November"]. Daily Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2023. Dicapai pada 14 Oktober 2023 – melalui Naver.
  4. ^ Hwang, Hye-jin (6 Oktober 2023). "제로베이스원, 11월 6일 컴백 확정…미니 2집 'MELTING POINT' 발매" [ZEROBASEONE mengesahkan kemunculan semula pada 6 November... album mini ke-2 ‘MELTING POINT’ dilancarkan]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2023. Dicapai pada 14 Oktober 2023 – melalui Naver.
  5. ^ a b c "ZEROBASEONE | The 2nd Mini Album [𝗠𝗘𝗟𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗜𝗡𝗧] Pre-order Sales Announcement" [ZEROBASEONE | Pengumuman Jualan Prapesanan Album Mini ke-2 [𝗠𝗘𝗟𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗜𝗡𝗧]]. Mnet Plus. 6 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Oktober 2023.
  6. ^ a b "ZEROBASEONE | The 2nd Mini Album [𝗠𝗘𝗟𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗜𝗡𝗧] (DIGIPACK Ver.) Pre-order Sales Announcement" [ZEROBASEONE | Pengumuman Jualan Prapesanan Album Mini ke-2 [𝗠𝗘𝗟𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗜𝗡𝗧] (versi DIGIPACK)]. Mnet Plus. 20 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Oktober 2023.
  7. ^ Park, Sang-hoo (October 19, 2023). '11월 컴백' 제로베이스원, 미니 2집 타이틀곡은 '크러쉬' [‘Comeback in November’ Zerobaseone, 2nd mini album title song is ‘Crush’] (dalam bahasa Korea). JTBC. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2023. Dicapai pada October 19, 2023 – melalui Naver.
  8. ^ Park, Seo-hyun (1 November 2023). "'컴백 D-5' 제로베이스원 'CRUSH' MV 티저..강렬한 전율" ['Kemunculan kembali D-5' Iklan acah MV 'CRUSH' ZEROBASEONE... Keterujaan yang kuat] (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2023. Dicapai pada 5 November 2023 – melalui Naver.
  9. ^ Park, Sang-hoo (5 November 2023). "제로베이스원, 결연한 다짐 담은 미니 2집 타이틀곡 'CRUSH (가시)'" [ZEROBASEONE, lagu utama album mini kedua mereka ‘CRUSH’, janji yang pasti] (dalam bahasa Korea). JTBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2023. Dicapai pada 5 November 2023 – melalui Naver.
  10. ^ a b @ZB1_official (18 Oktober 2023). "ZEROBASEONE The 2nd Mini Album [𝗠𝗘𝗟𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗜𝗡𝗧] Track List" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2023. Dicapai pada 8 November 2023 – melalui Twitter.
  11. ^ a b c d "MELTING POINT – ZEROBASEONE (제로베이스원)" (dalam bahasa Korea). 6 November 2023. Dicapai pada 7 November 2023 – melalui Melon.
  12. ^ Jeon, Hyo-jin (26 Oktober 2023). "제로베이스원, 선주문량 170만장…2연속 밀리언셀러 예고" [ZEROBASEONE, prapesanan 1.7 juta... notis jualan juta kedua berturut-turut] (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2023. Dicapai pada 5 November 2023 – melalui Naver.
  13. ^ Hwang, Hye-jin (7 November 2023). "제로베이스원, 2연속 밀리언셀러 등극…컴백 하루만 쾌거" [ZEROBASEONE menjadi jualan juta untuk dua kali berturut-turut... Membuat kemunculan semula hanya untuk satu hari] (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2023. Dicapai pada 7 November 2023 – melalui Naver.
  14. ^ "週間 アルバムランキング 2023年11月20日付" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2023. Dicapai pada 15 November 2023.
  15. ^ "週間 合算アルバムランキング 2023年11月20日付" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2023. Dicapai pada 17 November 2023.
  16. ^ "Billboard Japan Hot Albums : 2023/11/15 公開" (dalam bahasa Jepun). Billboard Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2023. Dicapai pada 15 November 2023.
  17. ^ "Billboard Japan Download Albums : 2023/11/15 公開" (dalam bahasa Jepun). Billboard Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2023. Dicapai pada 26 November 2023.
  18. ^ "Album Chart – 2023 Weeks 45". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Persatuan Kandungan Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2023. Dicapai pada 16 November 2023.
  19. ^ "Retail Album Chart – 2023 Weeks 45". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Persatuan Kandungan Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  20. ^ "Album Chart – 2023.11 Month". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Persatuan Kandungan Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2023. Dicapai pada 9 Disember 2023.
  21. ^ "Retail Album Chart – 2023.11 Month". Carta Circle (dalam bahasa Korea). Persatuan Kandungan Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2023. Dicapai pada 9 Disember 2023.
  22. ^ "MELTING POINT: The 2nd Mini Album (ランダムバージョン)". Tower Records (dalam bahasa Jepun). Genie Music. Dicapai pada 9 Disember 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]