Menara Jam Atkinson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Menara Jam Atkinson

Salah satu struktur praperang dunia II yang masih wujud di Kota Kinabalu, Sabah

Koordinat: 5°58′55.87″N 116°4′38.40″E / 5.9821861°U 116.0773333°T / 5.9821861; 116.0773333

Lokasi Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Jenis: Menara jam

Bahan: Kayu

Panjang: 6 kaki 3 inci

Lebar: 6 kaki 3 inci

Tinggi: 50 kaki (15.24 meter)

Tarikh siap: 20 April 1905

Didedikasikan kepada: Francis George Atkinson

Menara Jam Atkinson (dahulunya dikenali sebagai Menara Jam Peringatan Atkinson) merupakan sebuah menara jam yang terdapat di Kota Kinabalu, Sabah.

Sejarah

Menara jam ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia kerana penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Disember 1902. Ibunya, Puan Mary Edith Atkinson memperkenalkan jam bermuka dua di bandar Jesselton sebagai satu penghormatan bagi ingatan terhadap anaknya. Struktur ini akhirnya berjaya disiapkan pada 20 April 1905. Sebuah jalan juga dinamakan sempena nama Francis George Atkinson iaitu Atkinson Drive (kini dikenali sebagai Jalan Istana) yang menghubungkan Jalan Tuaran dan pusat bandar Kota Kinabalu.[1]:p.25

Rujukan

↑  Stella Moo (2005)The Atkinson Memorial Clock Tower - Commemorating its Centenary, Sabah Society Journal Vol 22(2005)

Portal Seni binaPortal MalaysiaPortal Sejarah

Rencana berkaitan sejarah  ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.