Menara Maybank
Menara Maybank | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Nama alternatif | Menara Maybank Malayan Bank Headquarters |
Maklumat umum | |
Jenis | Pejabat komersial |
Lokasi | 100 Jalan Tun Perak Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pembinaan bermula | 1984 |
Disiapkan pada | 1987 |
Maklumat ketinggian | |
Bumbung | 243.54 m (799.0 ka) |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 50 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Hijjas Kasturi Associates Taisei Construction Co. |
Rujukan | |
[1][2][3][4] |

Menara Maybank yang terletak di Jalan Tun Perak mempunyai ketinggian 244m (799 kaki) merupakan bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1998 sebelum diambilalih oleh Menara Berkembar Petronas.
Bangunan ini mempunyai 50 tingkat dan siap pada tahun 1987. Ia direkabentuk oleh Hijjas Kasturi.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pembinaan Menara Maybank telah dimulakan pada tahun 1984 di Court Hill, di atas tapak bangunan mahkamah seksyen era koloni, dan telah disempurnakan pada tahun 1988. Sebelum pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1995, Menara Maybank merupakan bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada ketinggian 244 m (801 ka), hampir separuh dari Menara Berkembar Petronas Twin Towers. Menara masih lagi menjadi sebahagian daripada pencakar langit bandaraya.
Seni bina[sunting | sunting sumber]

Pelan lantai menara terdiri daripada dua blok berasaskan persegi yang saling berpaut di salah satu sudut mereka. Setiap satu daripada dua blok ini mempunyai bumbung dan pangkalan yang lebih rendah yang mengarah ke arah yang bertentangan dengan blok lain, manakala bahagian tengahnya berada pada sudut tegak lurus. Titik akses utama menara adalah di dua sudut struktur yang mempunyai ruang yang terbentuk daripada gabungan dua blok struktur, yang ditutupi oleh bumbung segi tiga bertingkat.
Pengangkutan[sunting | sunting sumber]
Menara boleh diakses dalam jarak berjalan kaki ke utara SP8 AG8 SBK17 Stesen LRT Plaza Rakyat atau barat daya SP7 AG7 Stesen Masjid Jamek Rapid Rail.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Menara Maybank di Emporis
- ^ Menara Maybank di Glass Steel and Stone
- ^ Menara Maybank di SkyscraperPage
- ^ Menara Maybank di Structurae
Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Menara Maybank |
- Dupré, Judith (1996). Skyscrapers. New York: Black Dog & Loventhal. m/s. 96–97. ISBN 1884822452.
- Dupré, Judith (2008). Skyscrapers (ed. 2nd). New York: Black Dog & Leventhal. m/s. 100–101. ISBN 1579127878.