Mesin jahit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mesin jahit merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk menjahit kain dan bahan-bahan lain bersama-sama dengan benang. Mesin jahit dicipta ketika zaman Revolusi Perindustrian bertujuan mengurangkan kerja-kerja jahitan yang dilakukan di syarikat-syarikat pakaian. Sejak penciptaan pertama mesin jahit ini oleh Thomas Saint pada tahun 1790,[1] kewujudan mesin ini telah meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran dalam industri pembuatan pakaian.

Mesin jahit domestik direka bentuk untuk kegunaan seseorang menjahit item individu ketika menggunakan jahitan jenis tunggal. Reka bentuk mesin jahit moden menggalakkan kain meluncur masuk dan keluar dari mesin dengan mudah tanpa perlunya menggunakan jarum, jidal dan alat-alat lain yang digunakan dalam jahitan tangan, mengautomasikan proses jahitan serta menjimatkan masa.

Mesin jahit gred industri pula bersaiz lebih besar, bergerak dengan lebih cepat serta muncul dalam pelbagai jenis rekaan mengikut kos, penampilan, dan tugas yang dikehendaki.

Mesin jahit jenama Jones Family CS dari sekitar tahun 1935

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Jahitan[sunting | sunting sumber]

Mesin jahit boleh menghasilkan pelbagai jenis jahitan biasa mahupun bercorak. Terdapat lebih dari tiga dozen bentuk jahitan yang diakui secara rasmi mengikut piawai ISO 4915:1991, di mana jahitan tersebut terbentuk daripada satu hingga tujuh utas benang yang berasingan.[2]

Jarum[sunting | sunting sumber]

Mesin jahit menggunakan jarum khas yang disesuaikan untuk keperluan jahitan serta sifat bahan yang sedang dijahit.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga jenis-jenis mesin jahit lain luar daripada yang dijana manusia. Ini termasuk:

  • Mesin jahit perindustrian berkelajuan tinggi
  • Mesin jahit elektrik yang diprogramkan menjahit corak secara automatik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A brief history of the sewing machine, ISMACS.
  2. ^ Summary of stitch types

Pautan luar[sunting | sunting sumber]