Revolusi Perindustrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Enjin stim Watt, enjim stim yang menggerakkan Revolusi Perindustian di Britain dan juga di dunia.

Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara-kota.

Pada akhir tahun 1700-an, berlaku perubahan ekonomi Great Britain yang berasaskan tenaga manual buruh kepada pembuatan berasaskan mesin. Perubahan ini dimulakan dengan industri tekstil, perkembangan teknik membuat besi dan peningkatan penggunaan arang batu. Perkembangan perdagangan pula dipermudahkan dengan pengenalan terusan, jalan yang baik dan landasan keretapi. Pengenalan enjin stim yang digerakkan oleh arang batu dengan penggunaan mesin terutamanya dalam pembuatan tekstil telah meningkatkan lagi pengeluaran secara besar-besaran[1]. Revolusi ini dirancakkan dengan perkembangan peralatan mesin yang dibuat dari besi pada dua dekad pertama kurun ke-19 yang membolehkan pengeluaran mesin-mesin untuk kegunaan industri lain. Kesannya kemudian merebak ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Utara semasa kurun ke-19, yang kemudiannya memberi kesan menyeluruh kepada dunia. Impak perubahan ini kepada masyarakat sangat besar[2].kesan revolusi pertanian di Eropah

- Sebagai puna ekonomi negara - Dikomersilkan - Lebihan produk pertanian dieksport - Peladang menjadi pedagang antarabangsa - Menyediakan makanan yang cukup - Tenaga buruh banyak - Tuan tanah menjadi penguasaha ladang - Peningkatan perdagangan antarabangsa/tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam negara - Keuntungan dimaksimumkan - Kemajuan bidang pengangkutan - Rekaan enjin berkuasa wap - Penggunaan keretapi - Kemunculan golongan buruh dan majikan - Muncul sistem ekonomi berskala besar - Buruh tidak mendapat layanan baik

Faktor penyebab[sunting | sunting sumber]

Sebilangan sejarawan berpendapat Revolusi Perindustrian berlaku akibat perubahan sosial dan institusi yang berlaku dengan berakhirnya sistem feudalisme di Great Britain setelah berakhirnya Perang Saudara Inggeris pada kurun ke-17. Dan dengan pengawalan sempadan yang semakin cekap, pengawalan penyakit berjangkit dapat dipertingkatkan sekaligus mengawal epidemik yang biasa terjadi pada zaman itu. Bilangan kanak-kanak yang hidup selepas dilahirkan meningkat yang membawa kepada gunatenaga yang lebih besar. Perladangan yang lebih baik serta Revolusi Pertanian di Britain menjadikan pengeluaran makanan lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga buruh telah memaksa penduduk yang ramai tidak lagi dapat bekerja dalam sektor pertanian tetapi ke industri kecil seperti menganyam dan ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru dibina. Perluasan wilayah kolonial pada kurun ke-17 pula menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan, kewujudan pasaran kewangan dan pengumpulan modal juga disebut sebagai faktor-faktor revolusi berlaku.

Inovasi teknologi adalah ciri utama Revolusi Perindustrian dan kunci kepada teknologi ini adalah penciptaan enjin stim[3]. Enjim stim yang dicipta oleh James Watt, telah digunakan untuk menggerakkan kilang-kilang dan lombong-lombong. Ia juga digunakan sebagai enjin yang menggerakkan keretapi.

aspek-aspek yang telah membawa kepada berlakunya perkembangan revolusi pertanian di Eropah 1)Pemilikan Tanah Persendirian - Sistem pemilikan tanah persendirian - Sistem pemilikan tanah awam - Dipunyai oleh golongan kaya - Dimiliki oleh orang perseorangan - Digunakan untuk berucuk tanam secara kecil-kecilan - Memelihara ternakan - Memburu binatang - Memancing - Untuk menampung kehidupan harian - Memanfaatkan tanah awam untuk tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran - Tuan tanah memagari tanah awam - Akta Pemagaran Tanah dikuatkuasakan - Tersedia kawasan lebih uas untuk penanaman - Rakyat biasa kehilangan punca rezeki - Petani kecil-kecilan menjadi buruh ladang - Berhijrah ke bandar - Menjadi buruh kilang

2)Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian - Sistem penggiliran tanaman oleh Lord Townshend - Digunakan secara berterusan sepanjang tahun - Menanam jenis tanaman berbeza mengikut musim - Menggunakan nutrien tanah berbeza, tanaman dapat tumbuh dengan subur - Tanaman baru diperkenalkan - Seperti semanggi/clover/turnip/ubi kentang - Alatan baru dicipta/Jethro Tull - untuk menggali dan menugal - dilakukan dengan lebih pantas

3)Pertanian komerial - Baja asli mula digunakan - Tanaman lebih subur - Hasil pertanian bertambah - Peningkatan kualiti hasil pertanian - Lebihan produk diperdagangkan


(cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin kesejahteraan ekonomi negara)

kewangan -kekurangan moda -nilai mata wang turun naik Pelaburan -Kejatuhan pasaran saham -Masalah menarik pelabur asing Teknologi -Masih rendah -Bergantung kepada teknologi luar Globalisasi -Persainagn dengan negara maju -Pengiktirafan oleh negara-negara maju Pasaran -Menembusi pasaran antarabangsa -Pasaran terhad -Tekanan negara maju Tenaga kerja -Kurang mahir -Bergantung kepada negara luar Ramai tenaga mahir berkhidmat di negara luar (Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas) -Penguasaan ilmu pengetahuan -Menguasai ICT -Penyelidikan dan pembangunan R&D -Mengukuhkan sistem kewangan -Meningkatkan kualiti barangan -Mencari pasaran baru -E-dagang -promosi -modal insan (langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pertanian antarabangsa)

-menguasai ilmu pengetahuan -menguasai kemahiran -menjamin keamanan -mengekalkan perpaduan kaum -kreatif dan inovatif -mengalakkan pelaburan asing -menaik taraf infranstrutur -menambah tenaga mahir -tingkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan -kurangkan karenah birokrasi -memberikan bantuan modal -mencari pasaran baru -melakukan penyelidikan

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Business and Economics. Leading Issues in Economic Development, Oxford University Press US. ISBN 0-19-511589-9 Baca
  2. Russell Brown, Lester. Eco-Economy, James & James / Earthscan. ISBN 1-85383-904-3 Baca
  3. Hudson, Pat. The Industrial Revolution, Oxford University Press US. ISBN 0-7131-6531-6 Baca