Mesotelioma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mesotelioma
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Mesotelioma malignan, mesotelioma ganas
Imbasan CT menunjukkan mesotelioma sebelah kiri dengan pembesaran nodus limfa mediastinum
PengkhususanOnkologi
GejalaSesak nafas, abdomen bengkak, sakit dada, batuk, keletihan, turun berat basan[1]
KerumitanCecair keliling paru-paru[1]
Permulaan biasa
Bermula sedikit demi sedikit[2]
Punca~ 40 tahun selepas terdedah kepada asbestos[3]
Genetik, jangkitan virus simian 40[3]
Pengimejan perubatan, melihat cecair yang dihasilkan oleh kanser, biopsi tisu[2]
PencegahanElakkan pendedahan kepada asbestos[4]
RawatanPendedahan, terapi sinaran, kemoterapi, pleurodesis[5]
PrognosisTahan lima tahun ~8% (US)[6]
Kekerapan60,800 (penghidap 2015)[7]
Kematian32,400 (2015)[8]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mesotelioma ialah sejenis kanser yang tumbuh daripada tisu pengalas yang meliputi kebanyakan organ dalaman (dipanggil mesotelium).[9] Kawasan yang paling biasa terkena ialah selaput nipis yg melapisi paru­-paru dan dinding dada.[1][3] Lapisan abdomen jarang mengalaminya, lebih jarang lagi selaput jantung[10] atau kantung buah zakar.[1][11] Tanda-tanda dan gejala mesotelioma mungkin termasuk sesak nafas akibat cecair di keliling paru-paru, abdomen bengkak, sakit dinding dada, batuk, rasa letih dan penurunan berat badan.[1] Gejala-gejala ini biasanya datang dengan perlahan.[2]

Lebih daripada 80% kes mesotelioma disebabkan oleh pendedahan kepada asbestos.[3] Semakin besar pendedahannya, semakin besar risikonya.[3] Sehingga 2013, kira-kira 125 juta orang di seluruh dunia telah terdedah kepada asbestos di tempat kerja.[12] Orang yang melombong asbestos mempunyai kadar tinggi untuk mengalami mesotelioma, juga orang yang menghasilkan produk daripada asbestos, bekerja dengan produk asbestos, tinggal bersama pekerja asbestos, atau bekerja di bangunan yang mengandungi asbestos.[3] Kanser itu biasanya akan bermula kira-kira 40 tahun selepas pendedahan kepada asbestos.[3] Mencuci pakaian seseorang yang bekerja dengan asbestos juga meningkatkan risikonya.[12] Faktor risiko lain termasuk genetik dan jangkitan virus simian 40.[3] Diagnosis boleh mengesyakinya dengan X-ray dada dan imbasan CT, dan disahkan dengan memeriksa cecair yang dihasilkan oleh kanser itu atau dengan membiopsi tisu kanser tersebut.[2]

Cara mencegahnya adalah dengan mengelakkan pendedahan kepada asbestos.[4] Rawatan selalunya termasuk pembedahan, terapi sinaran dan kemoterapi.[5] Prosedur yang dipanggil pleurodesis, yang mana bahan seperti talkum digunakan untuk melekatkan peparu pada dinding dada, boleh digunakan untuk menghalang cecair daripada terkumpul di sekitar paru-paru lagi.[5] Kemoterapi selalunya termasuk ubat sisplatin dan pemetreksed.[2] Purata orang yang masih hidup lima tahun selepas diagnosis adalah 8% di Amerika Syarikat.[6]

Pada tahun 2015, kira-kira 60,800 orang menghidap mesotelioma, dan 32,000 meninggal dunia akibatnya.[7][8] Kadar penghidap mesotelioma berbeza-beza di setiap negara.[3] Kadarnya lebih tinggi di Australia, United Kingdom dan lebih rendah di Jepun.[3] Setiap tahun, kira-kira 3,000 orang di Amerika Syarikat menghidapnya.[13] Selain itu, ia berlaku lebih kerap pada lelaki daripada wanita.[3] Kadar mesotelioma telah meningkat sejak tahun 1950-an.[3] Diagnosis biasanya berlaku selepas umur 65 tahun dan kebanyakan kematian berlaku sekitar 70 tahun.[3] Penyakit ini jarang berlaku sebelum asbestos mula digunakan secara komersial.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Malignant Mesothelioma Treatment–Patient Version (PDQ®)". NCI. September 4, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 3 April 2016.
  2. ^ a b c d e Kondola, S; Manners, D; Nowak, AK (12 February 2016). "Malignant pleural mesothelioma: an update on diagnosis and treatment options". Therapeutic Advances in Respiratory Disease. 10 (3): 275–88. doi:10.1177/1753465816628800. PMC 5933604. PMID 26873306.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n Robinson, BM (November 2012). "Malignant pleural mesothelioma: an epidemiological perspective". Annals of Cardiothoracic Surgery. 1 (4): 491–6. doi:10.3978/j.issn.2225-319X.2012.11.04. PMC 3741803. PMID 23977542.
  4. ^ a b Whittemore, Alice S. (2006). Cancer epidemiology and prevention (ed. 3rd). Oxford: Oxford University Press. m/s. 669. ISBN 9780199747979. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-07. Dicapai pada 2020-07-25.
  5. ^ a b c "Malignant Mesothelioma Treatment–Patient Version (PDQ®)". NCI. September 4, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2016. Dicapai pada 3 April 2016.
  6. ^ a b "Age-Adjusted SEER Incidence and U.S. Death Rates and 5-Year Relative Survival (Percent) By Primary Cancer Site, Sex and Time Period" (PDF). NCI. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 September 2015. Dicapai pada 3 April 2016.
  7. ^ a b GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence, Collaborators. (8 Oktober 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  8. ^ a b GBD 2015 Mortality and Causes of Death, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  9. ^ "Malignant Mesothelioma—Patient Version". NCI. January 1980. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2016. Dicapai pada 3 April 2016.
  10. ^ Sardar, MR; Kuntz, C; Patel, T; Saeed, W; Gnall, E; Imaizumi, S; Lande, L (2012). "Primary pericardial mesothelioma unique case and literature review". Texas Heart Institute Journal / From the Texas Heart Institute of St. Luke's Episcopal Hospital, Texas Children's Hospital. 39 (2): 261–4. PMC 3384041. PMID 22740748.
  11. ^ Panou, V; Vyberg, M; Weinreich, UM; Meristoudis, C; Falkmer, UG; Røe, OD (June 2015). "The established and future biomarkers of malignant pleural mesothelioma". Cancer Treatment Reviews. 41 (6): 486–95. doi:10.1016/j.ctrv.2015.05.001. PMID 25979846.
  12. ^ a b Gulati, M; Redlich, CA (March 2015). "Asbestosis and environmental causes of usual interstitial pneumonia". Current Opinion in Pulmonary Medicine. 21 (2): 193–200. doi:10.1097/MCP.0000000000000144. PMC 4472384. PMID 25621562.
  13. ^ "What are the key statistics about malignant mesothelioma?". American Cancer Society. 2016-02-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2016. Dicapai pada 3 April 2016.