Michael Somare

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sir Michael Somare

Michael Somare pada 2008
Perdana Menteri Papua New Guinea
Memegang jawatan
5 Ogos 2002
RajaElizabeth II
Gabenor JeneralSilas Atopare
Bill Skate
Jeffrey Nape
Paulias Matane
Didahului olehMekere Morauta
Dalam jawatan
2 Ogos 1982 – 21 November 1985
RajaElizabeth II
Gabenor JeneralTore Lokoloko
Kingsford Dibela
Didahului olehJulius Chan
Digantikan olehPaias Wingti
Dalam jawatan
16 September 1975 – 11 Mac 1980
RajaElizabeth II
Gabenor JeneralJohn Guise
Tore Lokoloko
Didahului olehJawatan dicipta
Digantikan olehJulius Chan
Butiran peribadi
Lahir (1936-04-09) 9 April 1936 (umur 87)
Rabaul, New Britain
Parti politikNAP
PasanganVeronica Somare

Sir Michael Thomas Somare (lahir pada 9 April 1936) ialah Perdana Menteri Papua New Guinea semenjak 2002. Dia pernah menjadi Perdana Menteri sejak kemerdekaan 1975-1980 dan sekali lagi daripada 1982-1985. Dua penggal pertama menjadi ahli Parti Pangu, tetapi kemudian memimpin Parti Perikatan Kebangsaan. Dia dipilih semula sebagai Perdana Menteri dalam pilihan raya PNG 2007.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Michael Somare adalah anak lelaki Ludwig Somare Sana dan Kambe Somare. Ludwig Somare adalah seorang sarjan polis dari 1922-1947. Dia terlibat dalam perniagaan kecil dan koperasi, mengasaskan dan menjadi pengerusi Angoram Cooperative Society dari 1961-1967. Bapanya mempunyai4 isteri dan enam orang anak, Michael adalah anak sulung.

Lahir di Rabaul di mana bapanya bekerja, dia membesar dalam suasana kampung di Karau, Murik daerah Sepik. Semasa Perang Dunia Kedua belajar di sekolah rendah anjuran tentera Jepun. Bapanya hidup dalam ketakutan tetapi dia amat menyenangi tentera Jepun. Dua kali ke negara Jepun iaitu semasa menjadi Perdana Menteri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]