Elizabeth II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Elizabeth II
Queen Elizabeth II in March 2015.jpg
Ratu United Kingdom dan Alam Komanwel lainnya
Pemerintahan6 Februari 1952 – kini
Kemahkotaan2 June 1953
Didahului olehGeorge VI
PewarisCharles, Putera Rosmawe
Keputeraan (1926-04-21) 21 April 1926 (umur 95)
Mayfair, London, England, United Kingdom
PasanganPutera Philip, Duke of Edinburgh (k. 1947; mangkat 2021)
Anakanda
Nama penuh
Elizabeth Alexandra Mary Windsor
KerabatWindsor
AyahandaGeorge VI
BondaElizabeth Bowes-Lyon
AgamaAnglikan

Ratu Elizabeth II (diputerikan pada 21 April 1926 sebagai Elizabeth Alexandra Mary) merupakan Ratu United Kingdom dan lima belas negara lain, iaitu Alam Komanwel (Commonwealth Realm). Di samping itu juga, baginda merupakan Ratu Kanada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Antigua dan Barbuda, Belize dan Saint Kitts dan Nevis. Di negara-negara tersebut, baginda diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral. Alam Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 129 juta orang. Namun, kuasa Nato Command yang ada pada baginda untuk menjaga keselamatan bagi negara negara komanwel , dan baginda mempunyai kuasa Nuclear terbesar dan menjaga negara negara Alam Komanwel.

Pemerintahan baginda yang begitu panjang menampakkan perubahan yang nyata dalam Alam Komanwel, khususnya United Kingdom, dan seluruh dunia. Antara peristiwa penting yang berlaku semasa pemerintahan Ratu Elizabeth Empayar British secara Meluas,dengan tanah jajahan Empayar British yang pada satu masa menjadi Empayar terbesar di dunia abad 20.

Pada 20 November 1947, baginda mengahwini Putera Philip, Duke Edinburgh, seorang putera Yunani dan Denmark. Baginda berdua dikurniakan empat orang anakanda serta lapan orang cucunda serta sepuluh orang cicitnda.

Pada 9 September 2015, pemerintahan Ratu Elizabeth II merupakan tempoh yang paling lama di United Kingdom, memecahkan rekod yang dipegang oleh pemerintahan Ratu Victoria (63 tahun).

Antara negara bekas Alam Komanwel, iaitu negara yang pernah diperintah oleh Ratu Elizabeth sebagai Ratu ialah Ceylon (Sri Lanka), Fiji, Gambia, Ghana, Guyana, India, Ireland, Kenya, Malawi, Malta, Mauritius, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Afrika Selatan, Tanganyika (Tanzania), Trinidad dan Tobago dan Uganda. Kesemua negara ini masih menjalankan sistem monarki.

Sebagai Ketua Negara United Kingdom, baginda merupakan Panglima Agung (Commander-in-Chief ) Angkatan Tentera British, dan juga kebanyakan negara Alam Komanwel.

Dalam Bahasa Melayu, baginda bergelar sebagai Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom ( Her Majesty the Queen of the United Kingdom).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Alexandra Mary diputerikan di 17 Bruton Street, Mayfair, London pada 21 April 1926. Paduka ayahanda dan paduka bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York dan Elizabeth Bowes-Lyon (kemudian Ratu Elizabeth, dan The Queen Mother selepas Elizabeth II menaiki takhta. Elizabeth ditansir (baptis) di Private Chapel Istana Buckingham oleh Cosmo Lang, Biskop Besar York (dan kemudiannya Biskop Besar Canterbury).

Ratu Elizabeth mempunyai kekanda, Mereka diberi pendidikan di rumah. Elizabeth belajar sejarah dengan C. H. K. Marten, diajar agama oleh Biskop Besar Canterbury, serta boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Perancis. Gelaran yang digunakan oleh baginda sejak keputeraan baginda ialah "Puteri Elizabeth dari York" (Her Royal Highness Princess Elizabeth of York).

Pewaris takhta[sunting | sunting sumber]

Paduka ayahanda baginda, baginda Raja George VI menjadi Raja United Kingdom selepas penurunan takhta paduka ayahanda saudaranya Raja Edward VIII pada 1936. Selepas itu baginda dikenali sebagai "Puteri Elizabeth" (Her Royal Highness The Princess Elizabeth). Semasa bermulanya Perang Dunia II, Elizabeth berumur 13 tahun dan dipindahkan ke Istana Windsor. Pada 1945, baginda menyertai Angkatan Tentera di bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita. Elizabeth merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai Angkatan Tentera.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Ratu Elizabeth menemui dua pupunya Putera Philip, Duke Edinburgh ketika baginda berusia 13 tahun. Mereka berkahwin pada 20 November 1947. Dahulunya perkahwinan mereka menimbulkan kontroversi, kerana Philip merupakan seorang penganut Ortodoks Greek, dan kekandanya mengahwini penyokong Nazi.

Pada 14 November 1948, Ratu Elizabeth dikurniakan anakanda pertama baginda, Charles. Mereka mempunyai empat anakanda:

  1. Putera Charles, Putera Wales (diputerakan 14 November 1948)
  2. Puteri Anne, Puteri Diraja (diputerakan 15 Ogos 1950)
  3. Putera Andrew, Duke York (diputerakan 19 Februari 1960)
  4. Putera Edward, Earl Wessex (diputerakan 10 Mac 1964)

Menaiki takhta[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 1952, semasa Elizabeth dan suaminya sedang berlawat ke Kenya, paduka ayahanda baginda, Baginda Raja George VI mangkat akibat kanser paru-paru. Baginda berangkat pulang ke Britain dengan segera. Istiadat kemahkotaan baginda diadakan pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey. Dengan kemangkatan mendiang paduka ayahanda baginda, dengan serta merta, baginda telah diangkat menjadi Ratu dengan gelaran Ratu Elizabeth II ( Her Majesty the Queen ) dan suami, Putera Philip, ( His Royal Highness the Duke of Edinburgh

Sebagai Ratu[sunting | sunting sumber]

Selepas menjadi Ratu United Kingdom, Ratu Elizabeth dan suami baginda telah berpindah ke Istana Buckingham. Namun, baginda dikatakan lebih menyukai Istana Windsor sebagai kediaman. Ratu Elizabeth banyak mengadakan lawatan ke seluruh pelosok dunia. Baginda merupakan monarki British pertama melawati Australia, New Zealand dan Fiji. Pada tahun 1957, baginda telah bertitah dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum ke Kanada. Pada tahun 1961, Ratu Elizabeth melawat Turki, India, Iran, Pakistan dan Nepal. Pada 1991, baginda juga berucap dalam sesi Kongres Amerika Syarikat dan pada 2007, baginda bertitah dalam Perhimpunan Agung Virginia. Ratu Elizabeth sering mencemar duli di Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) sebagai Ketua Komanwel.

Hubungan kerabat[sunting | sunting sumber]

Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip, Duke Edinburgh telah meraikan ulang tahun perkahwinan permata mereka pada bulan November 2007. Baginda juga mempunyai hubungan yang erat dengan anakanda baginda, serta cucunda baginda, terutamanya, Putera William, Puteri Beatrice dan Zara Tindall.

Kelanjutan usia[sunting | sunting sumber]

Tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth merupakan paling lama di dunia setelah kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand pada tahun 2016.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Louda, Jiří; Maclagan, Michael (1999) [1981]. Lines of Succession: Heraldry of the Royal Families of Europe (ed. 2nd). London: Little, Brown. m/s. 34. ISBN 978-0-316-84820-6.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.