Michelle Martin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Michelle Martin (lahir 29 April 1967) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari Australia. Sepanjang kerjayanya sebagai seorang pemain skuasy, dia memenangi tiga gelaran Terbuka Dunia dan enam gelaran Terbuka British.

Hidup dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Martin datang daripada keluarga yang terkenal dalam bidang skuasy. Abangnya, Brett Martin dan Rodney Martin juga merupakan pemain skuasy ternama. Rodney memenangi Terbuka Dunia pada tahun 1991, manakala Brett menduduki ranking No. 2 dunia dalam siri lelaki.

Michelle Martin memenangi kejohanan pertamanya pada tahun 1990, dan secara perlahan-lahan kerjayanya meningkat. Namun demikian, dia tewas kepada pemain No. 1 dunia ketika itu iaitu Susan Devoy dari New Zealand, dalam perlawanan akhir Terbuka Dunia tahun 1992 (9-4, 9-6, 9-4).

Apabila Devoy bersara, Martin menjadi pemain No. 1 dunia dan muncul untuk memonopoli sukan skuasy semasa pertengahan tahun 90-an. Dia memenangi gelaran Terbuka Dunia pada tahun 1993 apabila berjaya menumpaskan Liz Irving di peringkat akhir dengan keputusan 9-2, 9-2, 9-1. Hal ini diikuti dengan kemenangan menentang pemain England, Cassie Campion pada tahun 1994 (9-1, 9-0, 9-6), dan menewaskan Sarah Fitz-Gerald pada tahun 1995 (8-10, 9-2, 9-6, 9-3).

Kemunculan Sarah Fitz-Gerald menyaksikan berlakunya pertarungan epik diantara mereka berdua pada akhir tahun 90-an. Dalam dua perlawanan peringkat akhir Terbuka Dunia (1997 dan 1998), Martin tewas kepada Fitz-Gerald 9-5, 5-9, 6-9, 9-2, 9-3 dan 10-8, 9-7, 2-9, 3-9, 10-9. Pada tahun 1999, Martin menjadi naib juara sekali lagi apabila kali dia tewas kepada Cassie Campion 9-6, 9-7, 9-7. Dari tahun 1992 hingga tahun 1999, Martin muncul dalam tujuh daripada lapan peringkat akhir Terbuka Dunia.

Martin memenangi enam gelaran Terbuka British dari tahun 1993-1998.

Dalam Sukan Komanwel 1998, Martin memenangi dua pingat emas, iaitu dalam acara perseorangan dan beregu. Dia juga ialah Ahli Sukan Wanita Tahunan Australia pada tahun 1993.

Pada tahun 1999, Martin bersara daripada dunia skuasy.

Keputusan Terbuka Dunia[sunting | sunting sumber]

  • 1992: naib juara (tewas kepada Susan Devoy 9-4, 9-6, 9-4)
  • 1993: Menang (kalahkan Liz Irving 9-2, 9-2, 9-1)
  • 1994: Menang (kalahkan Cassie Campion 9-1, 9-0, 9-6)
  • 1995: Menang (kalahkan Sarah Fitz-Gerald 8-10, 9-2, 9-6, 9-3)
  • 1996: Suku akhir
  • 1997: naib juara (tewas kepada Sarah Fitz-Gerald 9-5, 5-9, 6-9, 9-2, 9-3)
  • 1998: naib juara (tewas kepada Sarah Fitz-Gerald 10-8, 9-7, 2-9, 3-9, 10-9)
  • 1999: naib juara (tewas kepada Cassie Campion 9-6, 9-7, 9-7)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]