Midas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ilustrasi Walter Crane untuk edisi 1893 penceritaan versi Nathaniel Hawthorne menggambarkan raja Midas meratap puterinya yang menjadi emas sebaik tersentuh.

Raja Midas (Bahasa Yunani: Μίδας) merupakan seorang watak paling terkenal dalam mitologi Yunani putera kepada Gordias. dia diceritakan terkenal kerana kebolehannya mengubah segala yang disentuhnya menjadi emas (dipanggil sentuhan emas - golden touch - atau sentuhan Midas, Midas touch);[1] raja ini dikatakan mati kelaparan akibat "doa sia-sia" mendapatkan kuasa ini, seperti yang diceritakan Aristoteles.[2] Tokoh cerita ini juga dikatakan merupakan pengasas kota purba Ánkyra duluan kepada Ankara menurut Pausanias.[3]

Latar cerita berkaitan raja ini dipercayai pada alaf ke-2 sebelum Masihi jauh sebelum Perang Troya; walau bagaimanapun, Homeros lebih menyebut dua raja Frigia yang lain, Mygdon dan Otreus yang berada pada latar zaman yang sama.

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Sentuhan emas[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua penceritaan mengenai kisah raja ini: satu dari jilid ke-11 sajak Metamorphoses karya Ovidius,[4] manakala satu yang dimodenkan Nathaniel Hawthorne dalam buku bertajuk A Wonder-Book for Girls and Boys (1852).

Versi Ovidius[sunting | sunting sumber]

Dionysos mendapati guru dan bapa angkatnya, Seilenos sang satir tua, telah hilang.[5] Seilenos dijumpai dalam keadaan mabuk setelah mengembara oleh beberapa petani Frigia yang membawanya kepada raja mereka bernama Midas (Seilenos ada diceritakan juga pengsan di taman mawar Midas). Midas mengenalinya dan melayannya dengan penuh mesra dan terhibur selama sepuluh hari dan sepuluh malam sambil Seilenos menggembirakan kembali seisi istana baginda dengan cerita dan lagu. [6] Pada hari kesebelas, Midas membawa Seilenos kembali ke Dionysos di Lydia. Dionysos yang terhutang budi menawarkan Midas pilihan apa sahaja ganjaran yang diinginkan; Midas meminta suatu kuasa sakti yang membolehkan apa sahaja yang disentuhnya bertukar menjadi emas.

Midas bergembira dengan kuasa barunya yang diujinya dengan tergesa-gesa: baginda menyentuh ranting pokok dan batu yang segera bertukar menjadi emas, begitu juga dengan setiap kuntum mawar di tamannya. Namun, apabila makanan yang hendak disantapnya menjadi emas di tangannya jua, maka Midas menyesali bahkan mengutuk hajat dipinta ini hasratnya Claudianus menambahkan dalam In Rufinum bahawa Midas menjadi faham bahawa pemberian ini adalah suatu kutukan melaknat kepadanya.[7] Apabila baginda bersiram di sungai Paktolos (kini Sart Çayı di pantai barat Turki), maka kuasa ini akhirnya menghilang.[8]

Versi Hawthorne[sunting | sunting sumber]

Cerita versi ini hampir sama tetapi menambahkan butiran yang kononnya berlaku di mana puteri Midas yang dukacita dengan apa berlaku kepada kuntum bunga mawar taman mereka yang sudah keras dan hilang harumannya. Midas tanpa sedar tertukar puteri ini menjadi emas semasa mahu menenangkannya, dan baginda tetap merintih nasibnya yang kini penuh celaka memohon kepada dewa Dionysos agar diselamatkan daripada kelaparan. Dionysos bersetuju mendengar doanya dan menyuruh Midas mencuci di sungai Paktolos disebut; air siraman ini turut menjadi penawar semua benda yang disumpahkan sedemikian.

Terpanjang telinganya[sunting | sunting sumber]

Lukisan Die oordeel van Midas ("Hukuman Midas") karya Abraham Janssens

Midas menjadi insaf dan serik dengan kekayaan dunia mengasingkan diri ke pedalaman menjadi pengikut dewa Pan. Ada beberapa penulis menceritakan bahawa baginda kononnya berguru lagu dengan Orpheus pada masa ini.[9][10][11] Suatu hari, Pan berani menyamakan kemampuan muziknya dengan Apollo sang dewa muzik lalu mencabar bertanding dalam suatu lawan muzik dengan Tmolos sang dewa gunung sebagai pengadil.

Pan meniup serulingnya dengan melodi yang memukau hadirin pengikutnya termasuk Midas yang juga menyaksikan kontes tersebut. Segilirnya Apollo memetik tali senar liranya dan membuai para pendengar dengan irama yang mengagumkan. Tmolos langsung mengumumkan Apollo sebagai pemenang pertandingan. Semua yang hadir setuju dengan keputusan tersebut, kecuali Midas yang menyanggah keputusan ini. Apollo menjadi marah lalu menyumpah kedua-dua telinga Midas memanjang seakan telinga keldai.[12]

Midas merasa sangat malu atas sumpahan ini dan cuba menyembunyikan telinga keldainya dengan berserban atau bertopi sejak itu. Hanya seorang sahaja yang mengetahui rahsianya iaitu tukang cukur rambut baginda; Midas memerintahnya tutup rahsia ini dengan ancaman hukuman mati. Si tukang cukur itu tidak sanggup menahan rahsia ini selamanya, maka dia menggali tanah pada suatu hari membisikkan rahasia telinga Midas ke dalam lubang itu dan menutupnya lagi. Lama-kelamaan, rerumput menumbuh muncul atas tanah tersebut dan mula mendesir seakan berbunyi, "Raja Midas bertelinga keldai".[13] Kisah ini mirip suatu cerita zaman pra-Islam di Asia Tengah mengenai seorang raja Ossounes yang memerintah di sungai Yenisei dengan nasib sama, cuma ada seorang tukang cukur yang sempat membisikkan rahsia sang raja pada sebuah tembok setelah matahari terbenam tetapi idak menutup tembok itu setelahnya; air sumur naik membanjiri kerajaan Yeniesi ini menciptakan Tasik Issyk-Kul.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kefahaman ini wujud dalam ilmu alkimia disebut sebagai chrysopoeia.
  2. ^ Aristotle, Politics, 1.1257b.
  3. ^ Pausanias 1.4.5.
  4. ^ On-line text at Theoi.com
  5. ^ This myth appears in a fragment of Aristotle, Eudemus, (fr.6); Pausanias was aware that Midas mixed water with wine to capture Silenus (Description of Greece 1.4.1); a muddled version is recounted in Flavius Philostratus' Life of Apollonius of Tyana, vi.27: "Midas himself had some of the blood of satyrs in his veins, as was clear from the shape of his ears; and a satyr once, trespassing on his kinship with Midas, made merry at the expense of his ears, not only singing about them, but piping about them. Well, Midas, I understand, had heard from his mother that when a satyr is overcome by wine he falls asleep, and at such times comes to his senses and will make friends with you; so he mixed wine which he had in his palace in a fountain and let the satyr get at it, and the latter drank it up and was overcome".
  6. ^ Aelian, Varia Historia iii.18 relates some of Silenus' accounts (Graves 1960:83.b.3).
  7. ^ Claudian, In Rufinum: "sic rex ad prima tumebat Maeonius, pulchro cum verteret omnia tactu; sed postquam riguisse dapes fulvamque revinctos in glaciem vidit latices, tum munus acerbum sensit et inviso votum damnavit in auro."
  8. ^ Ovidius, Met. XI.140-144.
  9. ^ Cicero On Divination 1.36
  10. ^ Valerius Maximus, 1.6.3
  11. ^ Ovidius, Metamorphoses, 11.92.
  12. ^ Hyginus, Fabulae 191.
  13. ^ The whispering sound of reeds is an ancient literary trope: the Sumerian Instructions of Shurppak (3rd millennium BCE) warn "The reed-beds are ..., they can hide (?) slander". (Instructions of Shuruppak, lines 92-93).
  14. ^ legenda ini berkaitan dalam Ella Maillart, Dervla Murphy, Turkestan solo: a journey through Central Asia (1938) 2005:48.