Mie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mie adalah seorang kartunis bebas yang mula menyumbang kartun-kartun ke Majalah Batu Api sekitar 1984. Sebelum itu, Mie banyak menghantar karyanya ke majalah-majalah hibura. Kartun pertamanya tersiar di Majalah URTV pada tahun 1976 sewaktu Mie masih bersekolah di tingkatan 3. Kartunnya, pada peringkat awal, banyak berkisar kepada kisah penghidupan pelajar Universiti di tempat dia menuntut pada ketika itu. KISAH KAMPUS nya berjaya menarik minat ramai peminat, terutama golongan remaja kerana tema yang sering digunakan adalah CINTA dan gelagat remaja. Mie juga berjaya sebagai penulis dengan mengambil alih ruangan pojok BUDAK U dan beberapa ruangan di beberapa majalah, Dia kini menjalankan praktis sebagai seorang Arkitek Perunding di bawah nama AHA ARCHITECT.