Mine Yoshizaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mine Yoshizaki (Jepun: 吉崎観音, Hepburn: Yoshizaki Mine, lahir 2 Disember 1971) ialah mangaka berbangsa Jepun yang mula-mula menceburi kerjaya melukis dengan menghasilkan doujinshi berdasarkan permainan video. Terbitan pertama beliau ditampilkan dalam buku kompilasi terbitan Shogakukan pada tahun 1989.

Beliau seterusnya menghasilkan sebuah komik berjudul Keroro Gunso yang kemudiannya bertempat dalam majalah bulanan Jepun Shonen Ace. Komik ini telah menembusi pasaran antarabangsa, termasuk di Amerika Utara di mana tajuknya ditukar menjadi Sgt. Frog. Beliau juga merupakan pereka Arcade Gamer Fubuki serta juga mereka watak siri Shichi-nin no Nana. Pada tahun 2004, manga "Keroro" beliau meraih anugerah kategori shōnen/shōjo pada majlis Shogakukan Manga Award ke-50.

Oleh sebab banyak menyentuh Gundam, anime Keroro dihasilkan oleh Bandai, lalu mencetuskan Yoshizaki untuk bekerjasama dalam projek-projek Gundam tertentu, seperti mereka gadis-gadis maskot Reiko Holinger dan Catharine Blitzen untuk permainan Gundam Card Builder.

Beliau juga pernah menjadi perea siri patung kecil Angel-XX dari Neon Genesis Evangelion.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]