Minoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minoh
View of Katsuo Temple in Minoh
View of Katsuo Temple in Minoh
Bendera Minoh
Laman sesawangwww.city.minoh.lg.jp

Minoh ( 箕面市 , Minō-shi ) ialah sebuah bandar di barat laut Wilayah Osaka, Jepun. Namanya biasanya dieja sebagai "Minō" atau "Minoo"; namun, kerajaan bandar secara rasmi menggunakan ejaan Minoh dalam bahasa Inggeris untuk sebarang kenyataan rasmi. Setakat Oktober tahun 2016, bandar ini mempunyai anggaran penduduk seramai 134,435 orang dengan kepadatan penduduk sebanyak 2,800 orang bagi setiap km². Jumlah kawasannya ialah 47.84 km2 (18.47 bt2).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar ini telah diperbadankan pada 1 Disember 1956. [1] Mister Donut, sebuah rangkaian gerai donut yang popular di Jepun telah membuka kedai yang pertamanya di Minoh pada tahun 1971[2].

Geografi[sunting | sunting sumber]

Air terjun Mino

Minoh terletak kira-kira 15 kilometer (9.3 bt) dari utara pusat bandar Osaka. Lokasi ini boleh diakses dengan Kereta Api Hankyu dalam masa kira-kira 30 minit dari Stesen Umeda.

Minoh terkenal dengan Meiji no Mori, sebuah Quasi-National Park (Taman Separa Kebangsaan), dan juga salah satu taman negara yang tertua di Jepun. Ia menempatkan populasi besar monyet liar dan mempunyai pemandangan air terjun yang indah. Kuil Buddha Katsuō-ji yang berusia 1200 tahun dan terkenal dengan koleksi besar anak patung Daruma juga terletak di Minoh.

Majlis perbandaran jiran[sunting | sunting sumber]

Orang yang terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Shōta Chida, pemain shogi profesional Jepun, menduduki tempat 7-dan
  • Dream Ami, penyanyi Jepun, penari, model, personaliti televisyen dan idola J-pop (Dream and E-girls; Nama Sebenar: Ami Nakashima, Nihongo: Mami Nakashima, Nakashima Ami)
  • Don Fujii, ahli gusti profesional Jepun (Nama Sebenar: Tatsuki Fuji, Nihongo: Tatsuki Fujii, Fujii Tatsuki)
  • Haruka Hirota, gimnas trampolin Olimpik Jepun
  • Sakiho Juri, artis persembahan Jepun dan bekas ahli Takarazuka Revue
  • Jyongri, penyanyi pop berketurunan Korea (Nama Sebenar: Cho Jyong-ri, Hangul: 조종리)
  • Masashi Kamekawa, pemain bola sepak Jepun (V-Varen Nagasaki, Liga J2)
  • Kenji Kasahara, usahawan Jepun dan pengasas mixi
  • Takuya Kimura, pelakon Jepun, penyanyi dan personaliti radio (SMAP; Dilahirkan di Tokyo, Jepun, tetapi dibesarkan di Minoh)
  • Yuki Mizuhara, pelakon Jepun
  • Ryoichi Sasakawa, ahli perniagaan Jepun, ahli politik dan dermawan
  • Takumi Shimohira, pemain bola sepak Jepun (JEF United Chiba, Liga J2)
  • Masaki Suda, pelakon dan penyanyi Jepun (Kamen Rider W; Nama Sebenar: Taishō Sugō, Nihongo: Sugō Taishō)
  • Anju Suzuki, pelakon Jepun, penyampai televisyen, dan bekas penyanyi (Nama Sebenar: Kakuko Yamagata, Nihongo: Yamagata Kakuko)
  • Ken Tajiri, pemain bola sepak Jepun (Gainare Tottori, Liga J3)
  • Teruzakura Hiroyuki, bekas ahli gusti sumo (Nama Sebenar: Hiroyuki Ozaki, Nihongo: Hiroyuki Ozaki, Hiroyuki Ozaki)
  • Yuka Uda, penunggang basikal jalan raya Jepun
  • Yui Watanabe, pelakon suara dan penyanyi Jepun
  • Yutaka Yamamoto, pengarah anime Jepun dan pengasas bersama Ordet

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya[sunting | sunting sumber]

Bandar berkembar – bandar bersaudara[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Establishment of Town as a City (町を市とする処分)". Minoh City Ordinances (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2013. Dicapai pada 29 August 2012.
  2. ^ "History of Mister Donut". Mister Donut website (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 6 August 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]