Osaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Bandar Osaka
大阪市
Location of Bandar Osaka
Bandar Osaka's location in Osaka Prefecture, Jepun.
Location
Negara Jepun
Kawasan Kansai
Prefecture Osaka Prefecture
Daerah {{{Daerah}}}
Ciri-ciri Fizikal
Luas 222.11 km²
Populasi (as of Februari 2006)
     Jumlah 2,629,252
     Ketumpatan 11,838/km²
Lokasi 34°41′37″N, 135°30′7″E
Simbol
Pokok Sakura
Bunga Pansy
[[Image:|130px|Simbol bagi Bandar Osaka]]
Simbol bagiBandar Osaka
Dewan Bandar Osaka
Dato Bandar Junichi Seki
Alamat 〒530-8201
Osaka-shi,Kita-ku
Nakanoshima 1-3-20
No Tel 06-6208-8181
Laman rasmi: Osaka City

Koordinat: 34°41′37″N, 135°30′7″E

Osaka (大阪市 Ōsaka-shi?) Mengenai bunyi ini listen  merupakan ibu negeri kepada Osaka Prefecture dan merupakan bandar ketiga terbesar di Jepun, dengan populasi seramai 2.7 juta. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu, di hilir sungai Yodo di Pantai Osaka.

Osaka merupakan bandar komersial bersejarah di Jepun dan ia masih lagi merupakan salah satu pusat industri utama dan perlabukan di Jepun, dikenali sebagai jantung kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto, dimana mempunyai populasi seramai 17,510,000. Waktu siang hari bandar adalah (9 pagi – 5 petang) berpopulasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo.

Osaka City

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar Osaka pada awalnya di kenali sebagai Naniwa (難波, 浪華 atau 浪花), sebuah nama yang masih lagi wujud sebagai sebuah kawasan di tengah badandar Osaka sebagai Naniwa (浪速) dan Namba (難波). Emperor Kōtoku menjadikan kawasan ini sebagai bandarnya, dan menamakannya sebagai Naniwa-no-miya (Pusat Bandar Naniwa). Bandar ini mempunyai hubungan baik, didarat atau lautan, antara Yamato (modernnya Nara), Korea, dan China. Settsu, yang merupakan bekas kawasan Jepun, meliputi bahagian utara Osaka moden dan hiliran pantai Hyogo.

Pada 1496, Bahagian Buddha Jodo Shinshu telah membuka pusat mereka, Ishiyama Hongan-ji sebuah kuil yang dibina kukuh diatas tapak istana diraja lama Naniwa. Pada 1570, Oda Nobunaga telah melancarkan serangan keatas kuil tersebut yang berakhir selama sepuluh tahun. Sami kuil tersebut akhirnya menyerah kalah pada 1580, kuil tersebut telah dimusnahkan dan Toyotomi Hideyoshi mengambil kawasan itu sebagai Osaka Castle, yang merupakan istananya sendiri.

Adalah tidak dikenal pasti bilakah Naniwa digantikan dengan nama Ōsaka (ditulis 大坂), tetapi penggunaan terlama nama tersebut adalah pada 1496 didalam teks bertulis mengenai pengasasan Ishiyama Hongan-ji. Pada masa itu, ia disebut sebagai Ōzaka. Dari masa ke masa, sebutan "z" itu hilang, dan sebutan panjang "o" (ō) menjadi pendek. Pada permulaan Era Meiji, pihak kerajaan telah mengubah kanji kedua 坂 kepada 阪 kerana yang sebelumnya, jika disebut berasingan, ia akan bermaksud "(akan) kembali ke tanah" (土に返る), dimana agak kurang sesuai. Ia berkekalan sebagai ejaan rasmi sekarang, tetapi ejaan lama masih lagi digunakan tetapi agak terhad.

Osaka telah sekian lama menjadi pusat ekonomi terpenting jepun dengan peratusan besar populasi terdiri daripada kelas pedagang (lihat Empat division masyarakat).

Bandar moden telah di reka pada September 1, 1956 oleh ordinan kerajaan.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Pusat Osaka di bahagikan kepada dua bahagian: Kita (北) (utara) dan Minami (南) (selatan). Kawasan perniagaan Umeda (梅田) adalah di Kita, dimana kawasan hiburan di kawasan jambatan Dotonbori dimana terkenal dengan "giant motorised crab", "Triangle Park" dan Amerikamura ("Perkampungan America") di Minami. Minami juga merupakan kawasan membeli belah Shinsaibashi (心斎橋) dan Ebisubashi. Kawasan pusat perniagaan, termasuk mahkamah dan bank-bank utama, berpusat di Yodoyabashi dan Honmachi (本町), di antara Kita dan Minami. Kawasan perniagaan juga berdekatan dengan terminal rail kedua bandar, seperti Stesyen Tennoji (天王寺駅) dan Stesyen Kyobashi (京橋駅).

Osaka terkenal dengan bunraku (teater puppet tradisional), teater kabuki, dan manzai, merupakan komedi informal yang lebih kontemporari. Lain-lain tarikan pelancong adalah termasuk: