Minyak kacang soya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Minyak kacang soya adalah minyak sayuran yang dihasilkan dari biji kacang soya. Minyak kacang soya merupakan salah satu minyak goreng yang paling banyak digunakan. Selain itu, minyak kacang soya juga digunakan sebagai minyak pengering (drying oil), iaitu minyak yang mampu mengeras seiring masa selama terdedah dengan udara dan membentuk lapisan kalis air sehingga minyak ini juga digunakan sebagai salah satu bahan mentah dakwat dan cat lukis.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Untuk menghasilkan minyak kacang soya, biji soya dihancurkan, dikawal kadar airnya, dipanaskan hingga 88 °C, digiling, dan minyaknya diekstrak dengan bantuan heksana. Setelah itu minyak kacang soya ditapis dengan membuang heksananya lalu diberikan bahan tambahan sesuai dengan tujuan penggunaannya, kadang-kadang dihidrogenkan. Minyak kacang soya tulen mahupun terhidrogen berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Sisa-sisa pemprosesan (tepung soya) dijadikan bahan makanan haiwan ternakan.

Pada musim penanaman tahun 2002-2003, minyak kacang soya yang dihasilkan di seluruh dunia mencapai 30.6 juta tan atau mencapai setengah daripada pengeluaran minyak sayuran dunia dan 30 peratus daripada pengeluaran kesemua lemak dan minyak (termasuk lemak daripada haiwan). [1]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Bagi setiap 100 gram minyak kacang soya mengandungi lemak tepu 16 gram, lemak monotaktepu 23 gram, dan lemak politaktepu 58 gram.[2][3] Konstituen asam lemak tak tepu utama dalam minyak kacang soya asid alfa-linoleik 7-10 peratus, asid linoleik 51 peratus, dan asid oleik 23 peratus. Minyak ini juga mengandung asam lemak tepu asid stearik 4 peratus dan asam palmitik 10 peratus.[4]

Asam linoleik begitu mudah teroksida sehingga menjadi kurang selesa apabila digunakan sebagai bahan memasak, sehingga pelbagai syarikat bioteknologi membangunkan soya transgenik yang menghasilkan biji dengan kadar asid linoleik yang rendah. Dahulu, proses penghidrogenan dilakukan untuk menepukan asid linoleik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ United States Department of Agriculture, Agricultural Statistics 2004. Table 3-51.
  2. ^ doi:10.1002/14356007.a09_055
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. ^ Oil, soybean, salad or cooking
  4. ^ Ivanov, Dušica S.; Lević, Jovanka D.; Sredanović, Slavica A. (2010). "Fatty acid composition of various soybean products". Journal of the Institute for Food Technology in Novi Sad. 37 (2): 65–70. Dicapai 21 June 2013.