Mizab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mizab (dari perkataan yang berbunyi bahasa Arab) atau Pancur Emas (dalam bahasa Melayu), Talang Emas (dalam bahasa Indonesia) ialah nama yang diberikan kepada sebuah lohong pemancur air yang terbuka yang terletak di bahagian atas bumbung Kaabah menghala ke Hijir Ismail.

Mizab ini mula muncul/wujud sesudah pembinaan Kaabah oleh kaum Arab Quraisy dan kini merupakan salah satu binaan dari "Binaan-Binaan Kaabah Yang Penuh Kemuliaan". Mizab telah dibina dengan menggunakan logam Emas tulen.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Selain kegunaan Mizab sebagai aliran air untuk membuang takungan air yang terletak di atas bumbung Kaabah tatkala musim hujan, Mizab juga diriwayatkan merupakan salah satu dari tempat-tempat mustajab(diangkat dan diterima) doa oleh Allah SWT di Makkah.

Renovasi[sunting | sunting sumber]

Pancur Emas telah diperbaharui untuk kali pertama pada tahun 1417 Hijrah. Perbaharuan aset suci ini telah dibina menurut ukuran asli sebagaimana yang dihadiahkan oleh Sultan Abdul Majid Khan Al-Uthmani pada tahun 1273 Hijrah. Dibahagian depan Pancur Emas ada tertulis "Bismillahirrahmanirrahim - Ya Allah" (bermaksud Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang - Wahai Allah). Sedangkan di sisi kirinya ada tertulis "Jaddada Hadza Al-Mizab Khadim Al-Haramain Al-Syarifain Al-Malik Fahd ibn Abdul Aziz Ali Saud, Maliku Al-Mamlakat Al-Arabiyyah As-Saudiyyah". (bermaksud Pancur ini diperbaharui oleh Pelayan Dua Tanah Suci, Raja Fahd ibn Abdul Aziz dari keluarga Saud, Raja Arab Saudi). Dibahagian atas Pancur terdapatnya beberapa paku kecil yang bertujuan bagi menghindarkan dari burung bertenyek.

Ukuran[sunting | sunting sumber]

Panjang keseluruhan Pancur Emas 2.53 m, jumlah bahagian tertanam dalam dinding Kaabah, 58 cm, Panjang Pancur 1.95 meter. Tinggi 23 cm dan lebarnya 26 cm.