Doa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam
Seorang kanak-kanak perempuan yang berdoa kepada Allah.

Doa ialah rayuan kepada Allah (Tuhan) untuk penganut Islam. Caranya adalah dengan meletak tangan di hadapan dan menghadap kedua tapak tangan ke atas. Ia sering dilakukan setelah sembahyang, sewaktu mengambil air sembahyang (wuduk), sewaktu makan dan minum, berniat puasa dan sebelum tidur. Ia juga digunakan dengan beberapa niat pada perbuatan yang baik menurut ajaran agama Islam.

Muslim digalakkan berdoa untuk menunjukkan rasa rendah diri terhadap Allah SWT, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah. Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa had dan batasan selagi manusia Muslim itu hidup dan beriman kepada Allah.

Khasnya doa dilakukan bagi membaiki diri dengan cara meminta ampun kepada Allah dan mengharapkan sesuatu daripada-Nya.


Waktu-waktu yang diberkati[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan tanggungjawab orang Islam berharap sesuatu kepada Allah, Allah SWT telah meletakkan beberapa waktu yang dianggap waktu-waktu yang paling diberkati dan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Pada waktu-waktu, itu orang Islam digalakkan untuk memohon dan berharap kepada Allah dengan perkara-perkara yang baik serta meminta belas kasihan dan keampunan daripada-Nya. Umat Islam percaya Allah akan memakbulkannya. Walau bagaimanapun, terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa itu diterima Allah dengan seadanya iaitu orang Islam jangan menyekutukan Allah (menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti mencari Tuhan lain selain Allah) serta wajib bagi mereka membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Berikut ialah senarai waktu-waktu yang diberkati doanya oleh Allah SWT:

  • Ketika waktu hujan (lebat/rintik)
  • Ketika berada dalam kesusahan
  • Ketika diri dianiaya
  • Ketika mendapat kesenangan
  • Ketika berdoa di Multazam (kawasan yang terletak di antara Hajarul-Aswad dan Pintu Emas Kaabah di Masjid al-Haramain, Mekah)
  • Ketika Hijr Ismail (kawasan lengkung yang terdapat di sisi Kaabah dikatakan tempat istirehat kepada Nabi Ismail/Ishmael ketika membina Kaabah bersama ayahandanya Nabi Ibrahim/Abraham)
  • Di sekitar maqam Ibrahim (tempat tinggalan tapak kaki Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail)
  • Ketika waktu rehat yang terletak di antara dua khutbah (Solat Jumaat, Solat Eidul-Fitri (Solat Hari Raya Puasa) dan Solat Eidul-Adha (Solat Hari Raya Korban)
  • Ketika mendoakan kedua-dua ibu bapa
  • Ketika waktu sepertiga malam (sekitar pukul 3 pagi sehingga pukul 6 pagi di waktu ambang subuh setiap hari)
  • Ketika dalam keadaan bersabar menanggung penderitaan dan kesusahan
  • Ketika waktu malam Lailatul Qadar (Malam Qadar), malam yang lebih baik daripada seribu bulan menurut Al-Quran. Pada malam ini, orang Islam peercaya Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan berdoa kepada-Nya semata-mata untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT. Malam Lailatul Qadar masih tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat, namun Nabi Muhammad bersabda agar carilah malam Qadar pada sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadhan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadhan)[perlu rujukan]
  • Selepas laungan Azan berkumandang
  • Sewaktu berada di dalam Masjid (khususnya masjid Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Al-Aqsa di BaitulMaqdis(Jerusalem))
  • Ketika besendirian dengan mengingati Allah SWT
  • Ketika dalam ketakutan
  • Ketika mendapat kejayaan dan kemenangan
  • Sewaktu memulakan, berada atau mengakhiri pelayaran
  • Sewaktu memakai pakaian dan wangian yang baik-baik kerana Allah SWT
  • Sewaktu sujud kepada Allah SWT dalam solat
  • Ketika berharapkan sesuatu kejayaan/kemahuan dan meminta keampunan daripada Allah SWT
  • Sewaktu melakukan pekerjaan yang baik-baik.
  • Sewaktu melawat orang sakit dan mendoakan kebaikan dan kesihatannya
  • Doa anak-anak yang soleh
  • Sewaktu melawati jiran tetangga
  • Sewaktu gerhana bulan
  • Sewaktu gerhana matahari
  • Sewaktu meminta hujan
  • Ketika waktu penganut Islam menunaikan Haji yakni ketika mereka berada di Jabal Rahmah di Padang Arafah, Arab Saudi.
  • Dengan menggunakan doa Rasullulah s.a.w yang telah dianjurkan melalui Al-Quran dan hadis

Walau bagaimanapun, Islam menyarankan agar penganutnya berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu dan tempat, selagi mereka masih beriman dan mengharapkan kebaikan dan keampunan daripada Allah SWT.