Moët & Chandon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 49°02′32″N 3°57′32″E / 49.0421111°N 3.9588939°E / 49.0421111; 3.9588939

Moët & Chandon
Jenis/bentuk sahSalah satu pemilik LVMH
IndustriKilang anggur
GenreAnggur Perancis
Ditubuhkan1743; 281 tahun yang lalu (1743)
PengasasClaude Moët
Ibu pejabat20, avenue de Champagne
BP 140, 51333 Épernay
Prancis
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
KeluaranAnggur Perancis
Hasil€1,2 bilion (2011)
PemilikLVMH Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan1.715 (2011)
Syarikat indukLVMH Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.moet.com
Facebook: MoetSlovenia Twitter: moetusa Instagram: moetchandon Youtube: UCJ8WERTOF24KMoDlh1ntqiQ Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Orangerie di Épernay

Moët & Chandon (Sebutan bahasa Perancis: [mɔɛt‿e ʃɑ̃dɔ̃]),[1] atau juga dikenali sebagai Moët, ialah sebuah pengeluar anggur Perancis dan merupakan salah satu pemilik dari LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE. Moët et Chandon merupakan salah satu pengeluar champagne terbesar dan salah satu yang terkemuka di dunia. Moët et Chandon diasaskan pada 1743 oleh Claude Moët, dan kiini memiliki 1,190 hektar (2,900 ekar) kebun anggur, dan setiap tahun telah menghasilkam sekitar 28.000.000 botol champagne.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Moët et Chandon bermula dengan nama Moët et Cie[1], yang diasaskan oleh seorang saudagar anggur Épernay, Claude Moët pada tahun 1743,[3] dan mula menghantar anggurnya dari Champagne ke Paris. Pada tempoh kemimpinan Raja Louis XV, permintaan anggur berbuih meningkat. Hanya beberapa waktu setelah ditubuhkan, dan setelah anak Claude, Claude-Louis bergabung ke Moët et Cie, klien syarikat ini termasuk aristokrat dan tokoh-tokoh penting.

Pada tahun 1833, Moët et Cie bertukar nama kepada Moët et Chandon, setelah Pierre-Gabriel Chandon de Briailles, menantu Jean-Remy Moët, menyertai syarikat ini sebagai usahasama Jean-Remy Moët, cucu Claude Moët.[4]

Pasca pengenalan konsep champagne vintaj pada 1840, Moët memasarkan vintaj pertamanya pada tahun 1842. Jenama milik Moët yang paling laris, Brut Imperial, diperkenalkan pada dekad 1860-an. Sementara jenama milik Moët yang paling terkenal, Dom Perignon, diinspirasi dari nama seorang rahib Benedictin yang dikenang sebagai "Bapa Champagne".

Moët & Chandon bergabung dengan Hennessy Cognac pada 1971 dan dengan Louis Vuitton pada tahun 1987 untuk membentuk LVMH (Louis-Vuitton-Moët-Hennessy), pengeluar barangan mewah terbesar di dunia. Moët & Chandon juga memegang gelaran kontraktor kerajaan sebagai pembekal champagne untuk Ratu Elizabeth II.[5][3][6]

Pada tahun 2006, Moët et Chandon Brut Impérial melancarkan botol champagne edisi terhad yang diberi nama "Be Fabulous". Botol tersebut dihias dengan kristal Swarovski untuk menonjolkan keanggunan Moët et Chandon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "History of Moët at Chandon". Dicapai pada 17 May 2008.
  2. ^ T. Stelzer (2013). The Champagne Guide 2014-2015. Hardie Grant Books. m/s. 261. ISBN 9781742705415.
  3. ^ a b "Moët & Chandon". Dicapai pada 17 May 2008.
  4. ^ Paul, Harry W. (2002). Science, Vine and Wine in Modern France (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 218. ISBN 9780521525213. Dicapai pada 16 April 2018.
  5. ^ The Royal Warrant Holders Association
  6. ^ "Champagne Moet & Chandon | Royal Warrant Holders Association". www.royalwarrant.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]