Mohd Daudsu Jamaluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Daudsu Jamaluddin
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Daudsu Jamaluddin
Tarikh lahir (1985-03-18) 18 Mac 1985 (umur 32)
Tempat lahir Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Johor Darul Takzim FC
Nombor 15
Kerjaya remaja
2002-2003 Kelantan FA
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2003-2004 Kelantan TNB 0 (0)
2005-2006 Kelantan FA 0 (0)
2006-2008 Johor FC 0 (0)
2009-2013 Kelantan FA 0 (0)
2014- Johor Darul Takzim FC 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2006-2007 Malaysia Malaysia B-23 15 (0)
2007- Malaysia Malaysia 10 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 1 Disember, 2013.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 1 Disember, 2013

Mohd Daudsu Jamaluddin (lahir pada 18 Mac, 1985 di Kota Bharu, Kelantan) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Johor Darul Takzim FC di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Daudsu memulakan kerjaya bola sepak bersama skuad Kelantan TNB. Dia kemudiannya menyertai Kelantan FA dimana dia hanya bertahan selama semusim. Daudsu kemudian berhijrah ke Johor dan menyertai Johor FC. Pencapaian terbaik Daudsu bersama Johor FC ialah membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia 2008.

Daudsu membuat penampilan pertama bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 zon Asia menentang Bahrain. Dia merupakan salah seorang tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007. Pada tahun 2008, Daudsu terpilih untuk menentang Chelsea F.C. tetapi tidak diturunkan semasa perlawanan.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]