Nazmi Faiz Mansor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nazmi Faiz)
Jump to navigation Jump to search
Nazmi Faiz Mansor
Nazmi Faiz.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh lahir (1994-08-16) 16 Ogos 1994 (umur 26)
Tempat lahir Lembah Keramat, Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.69 m (5 ka ​6 12 in)
Posisi permainan Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim F.C
Nombor 21
Kerjaya remaja
2011–2012 Harimau Muda A
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013 Beira-Mar 16 (19)
2014 PKNS 30 (9)
2014–2016 Selangor 43 (2)
2017– Johor Darul Ta'zim 167 (1)
2018 JDT II 35 (37)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Malaysia Malaysia B-23 10 (2)
2013-2015 Malaysia Malaysia 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Julai 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Julai 2014

Muhamad Nazmi Faiz Mansor (lahir 16 Ogos 1994) ialah seorang pemain bola sepak Malaysia yang sekarang ini bermain untuk pasukan Selangor FA sebagai pemain tengah.

Nazmi telah menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia B-23 yang telah memenangi pingat emas di dalam Sukan Asia Tenggara 2011 bagi kali kedua di dalam sejarah mereka.[1]

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Nazmi merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik kepada Mansor bin Mustafa. Beliau memulakan kerjaya apabila terpilih mewakili daerah Gombak semasa sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Menurut Muhd. Ariff Zulkifly yang sekarang ini sedang beraksi di New Zealand bersama Island Bay United , gelaran Nazmi ketika di SSBJ ialah ‘Nami’ dan dia dilihat mempunyai potensi ketika berusia 11 tahun sewaktu kedua-dua mereka beraksi dalam skuad Selangor bawah 12 tahun. Hanya Nazmi seorang sahaja berusia 11 tahun. Menurut bapanya pula, usia 10 tahun dia sudah mewakili sekolah, daerah dan negeri bagi peringkat bawah 12 tahun, ketika umurnya mencecah 13 tahun pula dia dipanggil menyertai skuad bawah 15 tahun. Selepas menamatkan peringkat sekolah rendah, Nazmi ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Sukan Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam dan pada tingkatan empat beliau ditawarkan menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2012, Nazmi berjaya menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar setelah berjaya dilihat oleh peninjau bakat yang berpengkalan di Aveiro.[3][4][5][6][7]

Nazmi telah menjadi pemain Beira-Mar secara rasminya pada Ogos selepas berumur 18 tahun. Setelah itu beliau pulang ke Malaysia dan mengikut undang-undang ketika itu bekas pemain Harimau Muda perlu pulang semula ke negeri asal tetapi beliau pergi ke PKNS FC dan bukannya Selangor FA kerana PKNS juga merupakan pasukan dari Selangor, tetapi akhirnya beliau pergi juga ke Selangor FA selepas itu.

Pada 21 April 2014, Nazmi sah sebagai pemain Selangor FA dan menyarung jersi 8.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Selangor
Johor Darul Ta'zim

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Malaysia U-23

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]