Mohd Kasim Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Kasim Mahmud merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang menetap di Johor. Dia dilahirkan di Merlimau, Melaka pada 3 Februari 1958 sebelum menetap di negeri Johor sejak 1978.

Novel[sunting | sunting sumber]

Antara novel yang pernah beliau hasilkan ialah

  • Kuntum Kasih Berserakan (Creative Enterprise Sdn. Bhd.,1999),
  • Jalur-Jalur Pertentangan (Utusan Publication Sdn.Bhd.,2002)
  • Buruan (Karisma Publication, 2006).
  • Kumpulan cerpen Suara (DBP, 2003),
  • Kumpulan cerpen Simpang (DBP, 2006).
  • Kumpulan puisi Paradok Musim (DBP,2005).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara anugerah yang pernah beliau menangi ialah Hadiah Sayembara Cerpen Perpaduan Kaum di Malaysia (1995), Hadiah Ketiga Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia (2000), Hadiah Ketiga Sayembara Menulis Cerpen Johor (2006) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (2002) dan Hadiah Sastera Darul Ta’zim (1999,2004 dan 2005). Beliau meraih tempat kedua menerusi novel Badai Hujung Tanah di dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor Kedua pada 2008 anjuran Yayasan Warisan Johor. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://mohdkasim.blogspot.com/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]