Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Allahyarham Dato’ Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Kota Damansara dan bekas Anggota Exco Selangor ketika pemerintahan Barisan Nasional di Selangor dari 1999 hingga 2008.

Beliau menerima pendidikan tingginya dari Universiti Malaya dan University of Wisconsin di United States. Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai seorang guru pada 1965 dan pada 1973 beliau berkhidmat sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Disember 1999 - Anggota Exco Selangor- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Setinggan
  • Ogos 2000 - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Setinggan
  • Mac 2004 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pengurusan Bangunan dan Setinggan

Politik[sunting | sunting sumber]

  • 1995 - Ketua UMNO Bahagian Subang
  • April 1995 - ADUN untuk Kelana Jaya (BN-UMNO) - Menewaskan Mohd Nor Raha Masod (S46)
  • Mac 1998 - Ketua Umno Bahagian Subang untuk penggal 1998/2001
  • November 1990 - ADUN Kelana Jaya (BN-UMNO) untuk penggal kedua - Menewaskan Mohd Fadzli Ab Samat (PAS)
  • Mac 2004 - ADUN Kota Damansara (BN-Umno) - Menewaskan Ariff Md Yusof (PAS)

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 21 Februari 2017 akibat kanser pankreas. Orang ramai bersedih dengan pemergian allahyarham yang banyak berjasa kepada masyarakat, negeri dan negara. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]