Mohd Ridhuan Tee
Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah | |
|---|---|
鄭全行 | |
| Kelahiran | Tee Chuan Seng 24 April 1965 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia Sarjana Sains Politik Universiti Putra Malaysia |
| Pekerjaan | Profesor |
| Organisasi | Muafakat Nasional (NGO) (2022 - ) |
| Majikan | Institusi Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin |
| Parti politik | Bebas (2016-) |
| Anak-anak | 5, termasuk Syafi Tee |
Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah (lahir 24 April 1965) atau dikenali sebagai Ridhuan Tee ialah seorang penulis di Malaysia. Beliau memiliki kelulusan BA (Hons) Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA). Penulisan beliau dikatakan sebagai banyak mengkritik tentang penduduk bukan Melayu dan bukan Islam di negara Malaysia [1]. Beliau bukan berbangsa Melayu dan pada asalnya bukan seorang yang beragama Islam. Tetapi selepas memeluk agama Islam, beliau dikatakan telah banyak mengkritik dalam tulisan beliau terhadap pihak-pihak bukan Melayu dan bukan Islam."[2].
Ridhuan Tee merupakan ahli Persatuan Cina Malaysia (MCA) dari awal 2000-an hingga 2016.[3] Pada 15 Disember 2022, beliau dinamakan sebagai salah seorang anggota Majlis Tertinggi Muafakat Nasional (MN) selepas Tan Sri Annuar Musa mengubah Muafakat Nasional menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pada 7 Januari 2023, dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Muafakat Nasional, Annuar Musa mengumumkan pelantikan Ridhuan Tee sebagai salah seorang Timbalan Presiden Muafakat Nasional, bersama Zuraida Kamaruddin, Mohd Redzuan Md Yusof dan Edmund Santhara Kumar. [4]
Kehidupan awal
Ridhuan Tee dilahirkan di Bagan Datuk, Perak dan merupakan anak kelapan dari 10 adik-beradik (7 lelaki 3 perempuan) kepada keluarga berbangsa Cina berketurunan Hokkien. Walaupun fasih berbahasa Hokkien, beliau hanya memperoleh pendidikan Bahasa Cina tidak melebihi setahun di tadika. Beliau mendapat pendidikan rendah di sebuah Sekolah Kebangsaan dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan berikutan masalah pengangkutan yang dihadapi. Beliau menganuti agama Islam pada umur 20 tahun setelah membelajari dan memahami agama Islam setelah tamat pengajian Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Penulisan
Sikap berdengki dan munafik
"Janganlah kita dengki jika orang lain berjaya sehingga menjadi ultra 'kiasu'. Mereka tidak jemu berusaha. Sejarah membuktikan, bermula penghijrahan, mereka datang dengan sehelai sepinggang. Hari ini, harta keliling pinggang. Pasal apa? Mereka berusaha, tidak bersengketa sesama sendiri. Inilah iktibar Tahun Monyet." - Ridhuan Tee dalam artikelnya "Siapa sebenarnya monyet?"[5]
Anugerah dan pengiktirafan
Malaysia
- Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 2011
Pautan luar
Rujukan
- ↑ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-17. Dicapai pada 2014-06-16.
- ↑ http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=62902:ridhuan-tee-portrait-of-an-ultra-kiasu-racist-bigot-bootlicker?&Itemid=2#axzz34mHvzVvU RIDHUAN TEE: Portrait of an 'ultra-kiasu' racist bigot? Written by Moaz Nair, Malaysia Chronicle.
- ↑ Agost, Nurulkhasanah. "Ustaz Ridhuan Tee keluar dari MCA kerana isu hudud". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-27.
- ↑ "Zuraida, Redzuan are Muafakat Nasional deputy presidents". Malaysiakini. 2023-01-07. Dicapai pada 2026-08-27.
- ↑ http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/siapa-sebenarnya-monyet-1.482773 Siapa sebenarnya monyet? - Ridhuan Tee