Mohd Roslan Mohd Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Dr

Mohd Roslan Mohd Nor

M.Litt. (UK), Ph.D (UIAM)
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama Malaysia
Memegang jawatan
2009
Didahului olehAbu Bakar Mohd Daud
Butiran peribadi
Alma materUniversiti Aberdeen, Universiti Abertay dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau ialah Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia sejak 2009.[1][2] Beliau ialah profesor di Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.[3] Beliau turut giat dalam menghasilkan penulisan berkaitan Baitulmaqdis dan pemikiran Islam.

Mohd Roslan dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi penggal 2021-2024.[4]

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Abdul Karim Ali; Mohd Roslan Mohd Nor (2010). Baitul Maqdis: Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama' Malaysia. ISBN 9789832306085.
  • Abdul Karim Ali; Mohd Roslan Mohd Nor (2009). Islam Liberal: Isu Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama' Malaysia. ISBN 9789832417552.
  • Mohd Roslan Mohd Nor; Mohamad Zamri Mohamed Shapik (2011). Baldatun Tayyibatun Model Uthmaniyyah: Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Uthmaniyyah: Teladan Dan Sempadan. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama' Malaysia. ISBN 9789832306108.
  • Mohd Roslan Mohd Nor; Mohamad Zamri Mohamed Shapik (2011). Baldatun Tayyibatun Model Andalusia: Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di Andalusia: Teladan Dan Sempadan. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama' Malaysia. ISBN 9789832306122.
  • Mohd Roslan Mohd Nor; Nor 'Azzah Kamri (2011). Wanita Islam: Isu-Isu Dan Pemerkasaan Hak. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama' Malaysia. ISBN 9789832306092.
  • Mohd Roslan Mohd Nor; Abdul Qayyum M Suhaimi (2018). Intifadah Al-Aqsa: Kebangkitan Rakyat Palestin. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
  • Mohd Roslan Mohd Nor; Khadher Ahmad (2012). Islam Dan Alam Melayu: Tradisi Ilmu, Kerohanian, Pendidikan, Ekonomi, Perundangan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. ISBN 9789675534256.
  • Mohamad Fauzi Zakaria; Mohd Roslan Mohd Nor (2013). Bumi yang Dijanjikan: Konflik Palestin-Israel. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831007075.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PELANCARAN DANA INSTITUSI PENDIDIKAN P.U.M." ABU NUHA CORNER. 2011-07-15. Dicapai pada 2023-12-06.
  2. ^ "Wan Mohamad pimpin Persatuan Ulama Malaysia". Bebas News. 6 November 2023. Dicapai pada 6 Disember 2023.
  3. ^ Aling, Yusmizal Dolah (2021-05-13). "Pelan jahat rejim Zionis". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.
  4. ^ Aling, Yusmizal Dolah (2021-02-24). "Mohd Daud dilantik Pengerusi MAIWP". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.